wmmarhaen


Blog For Free!


Archives
Home
2005 January
2004 April
2004 March
2004 January
2003 December

My Links
Laman M@RHAEN
marhaen2k
Blog Duta Rakyat
marhaenT
Anti Pharaoh
Temperas
Meli
Ikan Jenahak
Tok Janggut
anniekenari

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Tsunami: Keadaan di Acheh Sungguh Mengazabkan!
01.07.05 (5:14 am)   [edit]
KEADAAN DI ACHEH SUNGGUH MENGAZABKAN!
Mohd Sayuti Omar melaporkan dari Acheh - Laman M@RHAEN




Acheh, Indonesia. Dengan bahasa apakah yang boleh saya gambarkan keadaan di Acheh pada hari ini? Tidak ada bahasa dan tidak ada kata-kata yang tepat untuk diucapkan sebagai menggambarkan situasi di Acheh pada hari ini. Semuanya tidak tepat dan lengkap!

Begitu juga kalau diambil gambar atau visual, sejuta keping pun tidak mampu menceritakan keadaan sebenarnya. Demikian juga kalau dilukis (yang tentunya menggunakan kanvas paling panjang di dunia), ia tidak boleh memberikan gambar sebenarnya.

Paling tepat dan sesuai ialah datang sendiri ke daerah ini melihat dengan mata, telinga, hidung dan mulut sendiri. Mungkin dengan cara itulah gambaran yang tepat boleh dirasakan. Kalau pun kita tidak berdaya untuk menjelajah ke seluruh Acheh, tetapi cukup hanya di sekitar Banda (bandar) Acheh sahaja. Di sini sudah cukup memberi cerita duka dan menyayukan hati. Di sini sudah dapat kita membayangkan betapa azabnya kejadian pada 26 Disember lalu.

Cuma apa yang perlu ditambahkan, kalau kita merasakan di Banda Acheh ini sudah cukup menyayatkan hati, apa yang berlaku dan dialami penduduk di Meulaboh lagi menyayatkan! Kerana seluruh penduduk di situ hampir menjadi mangsa bencana itu.

Kenapa anda perlu datang? Kerana dengan mata kita akan melihat puing-puing kehancuran Banda Acheh. Dengan telinga kita dapat mendengar rintihan dan rayuan penderitaan rakyatnya yang menjadi mangsa tsunami. Anak-anak kecil kehilangan ibu dan bapanya sedang merengek dan merintih kesayuan menagih simpati dan makanan. Mereka kehilangan arah dan menghadapi trauma yang menyeksakan.

Semuanya di dalam keadaan bermurung durja. Mereka seolah-olah mayat hidup dan perasaannya hilang ditelan ombak. Air mata mereka semuanya sudah kering, tidak ada apa lagi hendak ditangisi. Jiwa dan seluruh hidup mereka hancur. Mereka sangat mengharap bantuan daripada kita semua.

Sementara itu puluhan khemah mangsa pengusian didirikan di kiri kanan jalan. Mangsa menjadikan apa juga tempat untuk berlindung. Di mana ada rumah buruk, bangunan usang, masjid dan sekolah di situlah mereka berhimpun, menumpang teduh. Masa depan mereka juga sangat samar dan kelabu. Datanglah…

Dengan hidung pula dapat kita menghidu bau hanyir dan hangit mayat yang masih bergelimpangan walaupun kejadian sudah berlalu lebih seminggu. Bau yang memabukkan itu menyumbak ke dalam telinga. Menjadikan kita loya, dugal dan akhirnya akan berakhir dengan muntah angin.

Datanglah! Saya menyeru anda sekalian untuk melihat sendiri bagaimana kemusnahan kota Acheh. Kota di mana menjadi tapak tamadun Islam di Nusantara ini. Datang melihat bagaimana penderitaan rakyatnya yang menjadi mangsa. Dan bagaimana ‘keharuman’ bumi yang dibakar dengan bedalan ombak jahat lagi ganas bernama tsunami itu.

Datang, datanglah untuk menginsafkan diri betapa diri kita yang kita rasa hebat, bertuah, kaya, bijak dan sebagainya ini sebenarnya tidak mempunyai apa-apa.

Dalam pengamatan saya boleh dikatakan seluruh bandar Acheh musnah. Semua urusan kehidupan terhenti. Pentadbiran kerajaan Acheh juga mati. Bangunan tinggi pejabat kerajaan retak kerana gempa bumi, manakala bangunan rendah rumah dan sebagainya habis dipukul gelombang. Semuanya berselerakan pecah dan berderai, bagaikan kaca terhempas ke batu.

Jalan-jalan raya pula habis ditimbus oleh selut hitam (lahar) yang dibawa oleh ombak. Hanya ada lorong untuk laluan motorsikal dan laluan pejalan kaki yang dibina oleh pasukan penyelamat. Sesetengah jalan raya masih boleh dilalui hatta oleh motorsikal.

Di satu kawasan Kampung Keramat, para pembantu sukarelawan tidak dapat masuk langsung kerana keadaan sungguh mengazabkan. Mayat membengkak dan berulat bergelimpangan dan mengeluarkan bau yang tidak boleh hendak dibayangkan.

Sesiapa sahaja melalui di situ akan loya dan muntah dan ada yang pengsan.

Mungkin lukisan ilusi ini melampau tetapi itulah yang terjadi kepada saya sendiri. Sebahagian mayat-mayat itu sudah pun diangkut. Yang tinggal adalah mayat yang di dalam longkang dan di celahan batu yang sukar untuk dicungkil dengan tangan. Keadaan menjadi semakin susah dan terbiar apabila alat seperti ‘pencakup’ dan sebagainya sangat kurang malahan ketiadaan langsung.

Melihat kepada kemusnahan itu saya merasakan pembangunan semula Acheh memakan masa yang panjang. Setidak-tidak 30 tahun untuk mengembalikan sebahagian daripada landskap Acheh sebelum ini.

Bagaimana pun pembangunan manusia, pembinaan semangat rakyatnya tentu memakan masa yang lebih lama. Keseluruhan rakyat Acheh mengalami kejutan dan trauma, lantaran itu sudah ada yang bertekad untuk tidak lagi kembali tinggal di Acheh. Setengahnya rela meninggalkan sisa-sisa harta dan bersedia mati di tempat lain.

Buat masa ini (3 Januari 2005) mayat-mayat mangsa masih lagi belum habis dikutip dan dicari. Di celahan runtuhan bangunan, di atas bangunan, di atas dahan  kayu, mayat bersangkutan macam setinggan menjemur kain baju mereka di kawasan setinggan.

Di bawah runtuhan bangunan dan rumah yang ranap dilanda tsunami dan gempa masih lagi belum dibongkah!

Paling menyedihkan pemandangan di sepanjang sungai di Banda Acheh, berdekatan jambatan Melayu. Di sini mayat berterapungan persis ikan yang terkena tuba. Mayat bercampur dengan sampah sarap. Di anggarkan 1,000 mayat kedapatan di sini.

Sementara itu bantuan berupa makanan, minuman, pakaian dan kesihatan sudah mula tiba mencurah-curah. Pasukan sukarela dari segenap pelosok dunia sudah berada ada di Acheh. Semuanya berkhemah di suatu kawasan berdekatan terbangan Sultan Iskandar Muda di sini. (Bersambung, insyaAllah).

Mohd Sayuti Omar - 06.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Tsunami: Puteri Umno Membolot Duit Bantuan Kepada Kami
01.07.05 (5:13 am)   [edit]
Puteri Umno Membolot Duit Bantuan Kepada Kami
Oleh Mohd Saad Othman (Laman M@RHAEN)



Assalamualaikum,

Pada awalnya kami mangsa-mangsa malapetaka Tsunami berterima kasih ke atas bantuan yang ditunjukkan oleh Puteri Umno kerana pada mulanya kami merasakan mereka menolong kami dengan penuh ikhlas.

Akhirnya, tembelang mereka pecah apabila kami mendapati bahawa mereka datang membantu kami dengan dibayar gaji sebanyak RM20 sehari untuk mencuci rumah-rumah mangsa daripada duit bantuan tsunami.

Kami amat pilu dengan sikap menangguk di air yang keruh yang ditunjukkan oleh Puteri Umno kerana kami sendiri para nelayan telah hilang mata pencarian sehinggakan hendak mendapatkan sebanyak RM20 seharipun agak sukar di masa-masa yang akan datang.

Kami mengharapkan mana-mana pihak termasuk Puteri Umno pulanglah ke kampung halaman masing-masing sekiranya tidak ikhlas menolong kami di sini.
Bagi kami, lebih baik jika Puteri Umno meneruskan kerja mereka di kilang daripada membolot duit bantuan Tsunami untuk membayar gaji anda.

Perbuatan Puteri Umno ini wajarlah diambil iktibar oleh semua pihak memandangkan ianya hanyalah merupakan sejenis perbuatan yang memalukan bangsa dan negara.

Mohd Saad Othman
Mangsa Tsunami Kuala Muda Kedah  - 07.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

 
Tsunami: Abdullah Hadhori, NAM dan OIC Menyepi Diri
01.07.05 (5:12 am)   [edit]
TSUNAMI: ABDULLAH HADHORI,
NAM DAN OIC MENYEPIKAN DIRI
Oleh Hang Nadim (Laman M@RHAEN)



Kita sedang kecoh fasal tsunami. Biarpun Malaysia terjejas secara sipi-sipi, bumi Acheh di Sumatera Barat adalah mangsanya yang teruk sekali. Bumi tersebut menjadi padang jarak, padang tekukur. Kalau di Meulaboh, Acheh, yang tinggal hanya sebuah masjid yang kelihatan agung, serta beberapa pohon kelapa.

 Tetapi, Yang Empunya Cerita sangat pelik. Dolah Hadhori (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kenapa membisu? Bukankah dia Pengerusi NAM? Bukankah dia juga Pengerusi OIC? Bukankah negara seperti India, Sri Lanka dan Thailand ahli NAM? Bukankah Indonesia, Maldive dan Malaysia sendiri ahli OIC? Kalau gitu, kenapa Dolah Hadhori tak anjurkan bantuan dan derma bagi pihak NAM dan OIC? Kenapa nak tunggu PBB yang dikontrol oleh Amerika Syarikat?
 
Hisss! Apalah nasib OIC dan NAM dapat Pengerusi macam Dolah Hadhori ni? Nak kata lembab, dia pandai. Nak kata pandai, dia nampak macam lembab! Agaknya, inilah sebab orang Islam tak sudah-sudah asyik kena lanyak habis-habisan sekarang ini. Yang peliknya, si menantu dia tu apasal tak nasihat pak mertua supaya harumkan OIC dan NAM sewaktu tsunami ni?
 
Dollah Hadhori kena insaf akan hal macam ni. Kalau tidak, kami semua rakyat Malaysia rasa malu. Takkanlah nak fikir fasal koordinasi bantuan NAM dan OIC pun susah sangat? Kalau susah sangat, bagi tau. Biar ramai-ramai rakyat Malaysia tsunamikan Dolah Hadhori dan Khairy sampai mereka tercunggap-cunggap dan tonggang-langgang. Rakyat Malaysia pun dah tak boleh sabar lagi dengan pe’el pak mertua yang lembab dan anak menantu yang ganas macam hantu raya.

 Tapi, dengar-dengarnya, memang tak lama akan ada tsunami politik nak melanda UMNO dan Malaysia. Betul atau tidak, Yang Empunya Cerita kurang periksa. Pokoknya, ura-ura mengenai tsunami politik ini amat ranum dan menarik. Ada cerita mengatakan yang tsunami politik Malaysia akan berlaku pada pertengahan tahun 2005. Ada pula yang kata ia akan berlaku tak lama lagi. Apa pun, tsunami tetap tsunami. Ia akan mara tanpa diduga. Ia akan datang tanpa diundang. Ia akan pergi tanpa dihalau. Oleh itu, awas wahai Dolah Hadhori dan Khairy!
 
Walaupun tsunami politik ini entah bila akan berlaku, pokoknya segolongan rakyat Malaysia memang dah fed-up dengan Dolah Hadhori dan Khairy. Pak mertua slow macam labi-labi, anak menantu ganas macam hantu raya. Hissss. Orang Presint 9 dan 10 di Putrajaya pun tak renti-renti cerita fasal manusia yang slow macam labi-labi dan ganas macam hantu raya ini. Umpatan macam ni juga terdengar di beberapa lokasi di Melaka. Mereka hairan kenapa Dolah Hadhori dan Datuk Seri Ali Rustam (Singh) slow macam labi-labi bila bertindak mengenai politik wang? Mereka hairan kenapa Datuk Amid Nordin masih jadi Exco Negeri Melaka, walaupun dia dah terbukti salah kerana main politik wang sewaktu pemilihan UMNO tahun lalu? Mereka hairan, kenapa UMNO slow macam labi-labi dalam menyelesaikan kes ini? Mereka hairan, kalau Datuk Amid Nordin buat keputusan atas nama Kerajaan BN Melaka, keputusan itu sah atau tidak kerana secara teknikalnya waktu ini Datuk Amid Nordin bukannya ahli UMNO komponen BN. Datuk Seri Ali Rustam (Singh) pun macam labi-labi mengenai Datuk Amid Nordin? Takkanlah dia tak boleh fikir kenapa Datuk Amid Nordin tak boleh jadi Exco Kerajaan Negeri bila dia dah digantung keahliannya dalam UMNO?

Hisss. Hairan sungguh. Kenapalah zaman Dolah Hadhori ni banyak sangat pemimpin negeri yang slow macam labi-labi? Kes-kes macam Datuk Amid Nordin ni, kalaulah PAS yang bising, nanti kata PAS jahat? Tapi, kalau orang UMNO yang bising, labi-labi pulak langsung jadi batu kerana mereka anggap orang UMNO semua bodoh dan dungu. Kalau gitu, macam mana kalau orang ramai, khususnya rakyat Melaka, pakat-pakat desak BPR siasat, apakah keputusan yang telah Datuk Amid Nordin ambil bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka sewaktu dia sudah tidak lagi jadi ahli UMNO? Kita minta BPR siasat, Datuk Seri Ali Rustam (Singh) nak kata apa fasal kes-kes macam ini? Rakyat Melaka kena buat begini. Kalau orang UMNO takut, PAS atau DAP kena buat laporan. Desak BPR siasat dan senaraikan apakah keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Amid Nordin selaku Exco Kerajaan Negeri Melaka walaupun dia dah kena gantung ahli UMNO.

Hairannya, Jawatankuasa Disiplin UMNO kata, Datuk Amid Nordin tidak pun merayu. Tetapi, kebelakangan ini, katanya dia pulak merayu. Katanya, rayuan itu dikebelakangkan atau backdated? Apa dah jadi ini? Sekejap merayu, sekejap tak merayu. Bila merayu, tarikhnya dibackdatedkan pula. Orang Melaka kena bagi tau BPR fasal hal macam ni. Jawatankuasa Disiplin UMNO pun kena ingat fasal ini. Kalau rayuan dibackdatedkan apa hukumannya kalau ianya diterima? Salah???? Rasuah?????
 
Lepas tu, orang UMNO, PAS dan DAP Melaka, kenalah tanya, adakah Kerajaan Negeri Melaka terus membayar elaun ADUN dan elaun Exco kepada Datuk Amid Nordin? Kalau masih terus dibayar, tanya Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan BPR Melaka, apa hukumnya? Kalau mereka tak mau jawap, minta penjelasan dari Ketua Menteri yang slow macam labi-labi pondan dan tua! Adoii! Yang Empunya Cerita terbabas pasal cerita Ketua Menteri Melaka yang slow macam labi-labi pondan dan tua pulaknya. Minta maaflah. Selalunya, bila cakap fasal orang ni, memang Yang Empunya Cerita terbabas dari rel. Sori!!!

Berbalik kepada soal tsunami, apa fasal Dolah Hadhori slow sangat macam labi-labi tua aje? Alangkah hebatnya nama NAM dan OIC pimpinan Malaysia kalau kedua-dua organisasi itu aktif dalam menguruskan soal bantuan kepada mangsa tsunami ini?  Bayangkan kalau Malaysia jadi hub kepada urusan bantuan tsunami yang mencurah tiba daripada anggota-anggota NAM dan OIC? Bayangkan, mangsa tsunami dapat bantuan, nama baik Malaysia juga sentiasa bermain di bibir rakyat antarabangsa, khususnya di kalangan rakyat Acheh yang paling dekat dengan kita! Tapi, malangnya, Dolah Hadhori dan pembantu-pembantunya tidak terdaya nak membayangkan perkara semudah ini. Nak kata mereka bodoh, ijazah mereka panjang berjela-jela. Nak kata dia orang pandai, bodohnya macam kalah keldai sasau lahabau!

Oh.. Dolah Hadhori akan jawab, pegawai kerajaan tak nasihatkan dia. Apa fasal nak burukkan pegawai kerajaan? Mereka mungkin sudah memikirkan hal seperti ini. Tetapi, kerana Dolah Hadhori dikelilingi tembok  dan pagar seperti Khairy, tidak mungkinkah nasihat atau cadangan itu hilang atau dibakul-sampahkan? Dalam pada itu, Khairy pandai pulak membidas pegawai kerajaan supaya tidak ada bureaucratic redtape atau karenah birokrasi dalam menguruskan dana tsunami di Malaysia. Apa yang dia tau fasal birokrasi? Kalau dia tau, tentu dia tak akan paksa pegawai imigresen KL memberikan pasport diplomatik kepada dirinya, walaupun ketika itu dia hanya bakal menantu dan seorang pegawai kepada Timbalan Perdana Menteri. Begitulah tabiat Khairy. Semua orang lain bodoh. Dia sorang yang kononnya pandai. Lingkup negara kalau ada ramai lagi manusia macam dia!

Tapi, siasat, punya siasat, tidak mungkinkah Dolah Hadhori jadi slow macam labi-labi tua akibat nasihat Khairy? Tidak mungkinkah Khairy yang kononnya mesra dengan Amerika Syarikat telah menasihati ayah mertuanya supaya OIC dan NAM membisu fasal tsunami supaya hanya PBB dan Amerika Syarikat sahaja yang dapat publisiti? Yang Empunya Cerita takut, inilah yang terjadi kerana Khairy katanya memang jarang nak simpati dengan OIC atau NAM. Sebab apa? Entahlah. Tapi, kata orang, itulah tabiat budak Oxford atau Cambridge. Kepada mereka, Amerika Syarikat dan British sahajalah yang besar dan hebat di dunia ini.

Jadi, sapa-sapa ada info mengenai hal-hal di atas, emaillah pada lamanweb ini untuk dikongsikan bersama. Yang Empunya Cerita tak nak bubuh cili banyak-banyak pada Khairy kerana tak mau dia kepedasan. Apa Yang Empunya Cerita harapkan, sapa makan cili, dialah yang rasa pedas. Bagaimanapun, dalam hal tsunami ini, rasanya pembisuan Dolah Hadhori selaku pengerusi OIC dan NAM memang sangat-sangatkan menghampakan rakyat Malaysia.

Seterusnya, renungkanlah siri kedua Gurindam Siasah gubahan Hang Nadim seperti berikut:


Ikut pe’el  si labi-labi
semua kerja lambat menjadi

Ikut perangai si  hantu raya
budi baik  hangit jadinya.

Ikut perangai insan yang murni
jasa abadi harum mewangi.

Ikut petunjuk dari Illahi
perjuangan lurus ke medan bakti.

Akhir kalam, seperti biasa, Yang Empunya Cerita harap, jauhkanlah siasah Malaysia dari pemimpin yang berpe’el labi-labi dan manusia yang berperangai hantu raya. Tetapi, sokonglah pemimpin yang berperangai murni dan perjuangannya sentiasa bersandarkan petunjuk Illahi.

HANG NADIM - 05.01.2005 
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Tsunami: Hebatnya Kekuatan Allah
01.07.05 (5:10 am)   [edit]
Tsunami: Hebatnya Kekuatan Allah
Oleh Dur Gus  (Laman M@RHAEN)



Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih menjadi tajuk hangat akhbar bukan sahaja di Malaysia tetapi akhbar antarabangsa. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat dan mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta benda berbilion ringgit. Negara-negara yang menerima kesan gempa bumi dasar laut pada skala 9 ialah Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Pulau Maldives, India, Somalia, Kenya. Ombak setinggi 10 meter yang melanda tidak pernah dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia beberapa pulau telah lenyap dari peta dunia berserta dengan penghuninya sekali.

Sebagai orang Islam kehebatan bencana alam ini seharusnya tidak menghairankan kalau dibandingkan apa yang akan terjadi bila kiamat berlaku. Pada waktu itu nanti ayah tidak pedulikan anak, perempuan yang mengandung akan gugur kandungannya kerana hendak menyelamatkan diri. Waktu itu tidak siapa yang selamat.

Bencana Tsunami ini sepatutnya membangunkan kita daripada tidur dan khayalan. Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Manakah kekuatan Kafir Amerika yang digeruni oleh orang Islam selama ini? Apakah kerana kesyirikan orang Islam zaman moden ini Allah telah memusnahkan mereka? Tanyalah diri kita sendiri.

Memang tak dinafikan Indonesia terletak di laluan gunung berapi dan gempa bumi. Tapi bila bencana berlaku, seorang yang bertakwa akan lebih dulu memuhasabah diri kerana mungkin ada amalan yang tidak diredai Pencipta Yang Maha Agong. Marilah kita melihat dari aspek kemungkinan bahawa bala ini merupakan hukuman Allah.

Acheh terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Apakah dari segi realitinya Islam itu betul-betul diamalkan oleh penduduknya. Kezaliman pemerintah Indonesia terhadap pejuang Islam dan kepada ulama sungguh terserlah. Mereka menurut apa yang Amerika mahu. Abu Bakar Basir difitnah dan dipenjarakan kerana menyampaikan ajaran Islam. GAM yang menentang kezaliman pemerintah Indonesia berjuang atas dasar apa? Apabila Allah menurunkan bala ianya akan mengena yang bertakwa atau tidak. Untungnya, yang bertakwa akan mendapat rahmat daripada Allah walaupun pada pandangan manusia ia kelihatan seperti hukuman juga. Begitu juga dengan kanak-kanak. Musnahnya bangunan-bangunan, rumah-rumah di Bandar Aceh tapi Masjid yang beratus tahun tidak terjejas. Mungkin Allah hendak membersihkan Serambi Mekah ini daripada bangunan yang dibina dari sumber haram. Masih ingatkah kita sebuah Masjid lama di Turki tidak mengalami kerosakan padahal bangunan sekelilingnya ranap ke bumi semasa berlaku gempa bumi dulu.

Malaysia berbangga kerana berada di luar garisan gunung berapi dan gempa bumi. Maka pesta-pesta maksiat tidak dihiraukan malah mendapat sokongan kuat dari pihak berkuasa. Diadakanlah Pesta Penang Fullstop. Pesta ini dipromo habis-habisan oleh NTV7. Orang Melayu berpesta. Selang beberapa hari mereka berduka. Lihatlah perempuan-perempuan Melayu di pesta tersebut. Yang sedihnya perempuan yang bertudung pun turut terjerit-jerit. Bila bala datang ianya tidak memilih yang bertudung, kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Konsert Sureheboh sudah dilancarkan. Mufti telah mengharamkan. Tapi tidak dihiraukan. Tunggulah balanya nanti. Banjir paling teruk telah melanda Kelantan. Hukum Allah dicabar di mahkamah. Rakyat Kelantan memberi sokongan kepada mereka yang mencabar hukum Allah ini. Tunggulah masanya. Belajarlah dari sejarah umat-umat yang terdahulu di zaman Nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Noh. Perdana Menteri telah mengarah supaya tidak berpesta seperti biasa ketika menyambut tahun baru 2005. Penganjur pesta maksiat ini yang kebanyakan orang Melayu akur. Seruan yang sama telah disuarakan oleh alim ulama sejak dulu lagi kerana bertentangan dengan Islam tapi tak dihiraukan. Bukankah syirik namanya? Semoga kita dilindungi dari bala Allah.

Kerajaan Thailand telah membunuh beratus-ratus orang Islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kita melihat saudara kita menangis atas syahidnya keluarga. Ombak Tsunami membalas dengan membunuh beribu-ribu rakyat Thailand dan pelancong asing di bandar maksiat Phuket. Bukan itu sahaja berjuta-juta ringgit kerosakan harta benda juga dilaporkan.

Di Sri Lanka, kekejaman tentera Tiger Tamil Ilam dan juga tentera kerajaan terhadap penduduk Islam bukan menjadi rahsia lagi. Apakah Bencana Tsunami yang mengena Sri Lanka merupa balasan kepada perbuatan mereka?

Pulau Maldives sebuah negeri penduduk Islam. Presidennya seorang Islam yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Pulau ini merupakan pusat peranginan yang popular di kalangan pelancongan dari barat. Nilailah sendiri akan apa yang disediakan di hotel-hotel dan tempat-tempat peranginan di Negara ini. Mungkinkah Tsunami merupakan amaran kepada Presiden berkelulusan Al Azhar ini?

Di India penindasan Hindu kepada orang Islam sudah diketahui umum. Sehingga Masjid mereka pun dirobohkan. Memang layak mereka menerima sedikit balasan daripada Allah.

Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita dari khayalan dan kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama kita berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang kita mampu. Larangkan anak-anak kita, ahli keluarga kita dari berada di tempat-tempat maksiat seperti Konsert Sureheboh. Orang Islam tidak akan maju dengan Konsert Sureheboh dan pesta maksiat yang lain.

Dus Gur - 05.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

 
Tsunami Sumatera: Kegagalan Pelbagai Pihak
01.07.05 (5:09 am)   [edit]
Tsunami Sumatera: Kegagalan Pelbagai Pihak
Oleh Dr Nologareng (Laman M@RHAEN)


Seminggu sudah pun berlalu akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang telah diizinkan Yang Maha Esa terjadi di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara ini. Ratusan ribu nyawa melayang dengan jutaan yang lain menanggung sengsara serta trauma kehilangan sanak saudara dan kesan susulan bencana ombak pelabuhan itu.

Bacaan 9 pada skala Richter itu memang suatu yang amat tinggi sehingga terjadinya tsunami yang menakutkan. Apabila ia terjadi di bawah permukaan laut dengan gelinciran kerak bumi sepanjang 1,000 kilometer, kekuatan 6 pada skala Richter sudah cukup untuk menghasilkan Tsunami yang menghentam 11 buah negara Asia dan Afrika. Apatah lagi dengan kekuatan sebesar itu yang digelar ‘megathrust’. Ungkapan bahasa Jepun itu kini menjadi masyhur dan meluas ke seluruh dunia.

Selain dari angka kematian yang terus bertambah, semakin banyak pula cerita yang memenuhi dada akhbar dan pelbagai sumber media lainnya akan pengalaman mangsa. Ada yang menakutkan, ada pula yang menakjubkan di samping pengalaman yang menyayat hati.

Pada awalnya kita dikejutkan dengan angka besar kematian di India, Sri Lanka dan Thailand. Hanya setelah 4 hari bencana itu terjadi barulah kita mengetahui bagaimana Indonesia lah yang paling dahsyat dilanda gempa bumi serta tsunami itu. Angka kematian tetiba melonjak sehingga 80,000 dengan ratusan ribu lagi masih hilang. Angka itu tidak lah pelik memandangkan ramai rakyatnya yang mendiami kawasan pesisiran pantai Barat serta pulau-pulau sekitarnya. Rupa-rupanya perangkaan awal itu hanya mengambil kira kawasan sekitar Bandar Acheh serta kawasan sekitarannya. Itu belum lagi dikira kawasan yang terpencil serta yang terputus terus perhubungannya.

Kebanyakan pekan dan bandar kecil di pesisir pantai barat Sumatera itu telah dilenyapkan tsunami yang memang tidak dijangkakan langsung penduduk di situ. Ianya menjadi seperti padang jarak padang tekukur- laksana dilanggar garuda! Malangnya pihak berkuasa Indonesia agak lambat dalam melakukan kerja-kerja menyelamat dan mencari. Mereka boleh sahaja memberi alasan masalah perhubungan dan jalan yang terputus. Akan tetapi kita melihat ia sebagai ekoran dari pertelagahan dengan rakyat Acheh melalui perseteruan dengan Gerakan Acheh Merdeka GAM!

Hanya masjid yang gagah berdiri setelah diasak tsunami di Meulaboh (gambar kiri). Gambar kanan menunjukkan mangsa yang terselamat berebutan air yang digugurkan dari helikopter

Kebanyakan mangsa yang terselamat terdedah kepada masalah kebuluran, keselamatan serta kesihatan yang serius. Ramai dari mangsa yang selama lima hari bencana hanya bergantung hidup dengan makanan yang digeledah dari sampah sarap. Malah ada yang menyambung nyawa dengan memakan buah kelapa. Dalam kesibukan bantuan yang mula sampai ke Medan serta Acheh, mangsa berterusan terputus hubungan dan bantuan yang sepatutnya.

Tidak dapat dinafikan ini adalah suatu peringatan dari Yang Maha Esa. Terlalu banyak kemungkaran serta ketidak adilan yang menyubur di kawasan rantau ini. Sesiapa sahaja boleh membahaskan perkara ini untuk berhari-hari ataupun berbulan-bulan ke hadapan. Namun kita juga tidak boleh menolak kemungkinan bencana itu adalah kerja khianat negara atau entiti tertentu yang menyauk keuntungan besar darinya! Sudah ada pengulas yang mengaitkan kejadian tsunami itu dengan letupan nuklear dalam jurang laut kawasan itu yang kemudiannya menghasilkan ombak besar yang membunuh. Apatah lagi bacaan awal rasmi Indonesia oleh Jabatan Seismologinya mengatakan gempa bumi yang dikesan hanyalah sekitar 6.4 pada skala Richter! Apakah ianya satu lagi sogokan maklumat palsu melalui media yang dikuasai sepenuhnya Yahudi/Zionis?

Gelinciran kerak bumi yang terhasil oleh pertembungan 3 kawasan itu dengan kekuatan yang amat dahsyat telah menyebabkan permukaan laut terkoyak sehingga 1,000 kilometer panjangnya sehingga ke kawasan Andaman. Beberapa pulau kecil di Sumatera terus lenyap manakala Sumatera sendiri telah berganjak ke Barat sejauh 20 meter. Tidak mungkinkah ia menyebabkan berlakunya tanah mendap di Kampar? Tidak mungkinkah Jambatan Pulau Pinang ditempias berikutan anjakan bumi Sumatera? Di harap pihak tertentu menjalankan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh mengesan sebarang kerosakan awal Jambatan tersebut.

Di sana-sini orang mula merungut serta menyatakan ketidak puasan hati akan pihak tertentu dalam kegagalan mereka memberi amaran awal akan bencana tsunami yang memakan korban di Asia ini termasuklah akhbar dalam negara. Barat, Timur dan di mana-mana jua orang menulis dan mempertikaikan kelalaian itu. Ramai yang menuding jari kepada para pegawai di USGC yang telah gagal menghubungi negara-negara yang terdedah sedangkan mereka sudah dapat mengesan pembentukan tsunami sebaik sahaja gempa bumi terjadi.

Sementara hampir 80 peratus kawasan yang dilanda tsunami musnah di Acheh, terdapat juga beberapa keanehan yang menggamit kita untuk merenungnya. Diberitakan berpuluh-puluh buah masjid terselamat walau dilanda ombak besar itu sehinggakan hanya ia yang tinggal menjadi mercu tanda kehidupan kawasan terbabit. Ada yang mengira keutuhan itu disebabkan oleh binaannya yang jauh lebih kukuh selain dari kehendak Allah jua, satu kegemparan yang menjentik fikiran ialah apabila sebuah masjid kayu di Sigili terus megah berdiri walau dilanda arus tsunami yang kuat itu!

Satu cerita di Pantai Miami Pulau Pinang pula memaparkan ketakjuban mangsa melihat dua orang lelaki yang sedang bersembahyang di atas batu dan sampan berdekatan langsung tidak dijamah tsunami Sumatera itu.

Ada beberapa fakta lain yang sungguh menyerlah bagaimana angka kematian sepatutnya boleh dikurangkan. Kesilapan terbesar ialah ketidak-sungguhan pihak Juru Ukur Geologi USGS Amerika Syarikat yang mendiamkan maklumat itu dari dihantar dengan pantas ke negara yang dilanda tsunami sedangkan dalam masa yang sama ia boleh pula menghubungi pihak kedutaannya serta markas Tentera Laut mereka di kawasan itu. Kita mengecualikan kawasan Acheh dan sekitarnya kerana jarak yang begitu hampir. Dengan kemudahan perhubungan terkini, nyawa mangsa juga boleh diselamatkan jika maklumat itu sampai kepada mereka. Setidak-tidaknya angka kematian tidaklah sebesar itu.

Mayat bergelimpangan di Bandar Acheh (gambar kiri)

Ketiadaan nombor telefon pihak yang berwajib di negara mangsa untuk dihubungi ialah alasan dangkal yang sukar diterima akal! Apatah lagi Thailand, Singapura serta Indonesia adalah ahli kepada Kumpulan Kerjasama Antarabangsa bagi Sistem Amaran Tsunami. Jelas pihak berkuasa di Amerika memilih-milih negara yang mahu diberitahunya akan bencana tsunami itu. Apakah mereka mempunyai muslihat tertentu?

Dengan perhubungan yang canggih serta sistem televisyen satelit, ianya hanya satu kerja mudah sahaja. Apakah ada muslihat di sebaliknya? Apakah ianya benar-benar satu fenomena alam atau musibah ciptaan manusia sahaja?

Sudah mula terbocor bagaimana pihak berkuasa di Thailand, India serta Australia sudah diberitahu akan fenomena Tsunami yang sedang berlaku untuk mencari mangsanya. Pihak berkuasa Thailand lebih sanggup untuk menutup mulut kerana bimbangkan gangguan kepada industri pelancongan yang sedang rancak berjalan.

Indonesia memang mempunyai peluang tipis bagi mengelak tsunami selepas mengalami gegaran gempa bumi yang sudah pun memakan angka korban besar. Kehadiran tsunami hanya untuk menambah luka kepada angka kematian sehingga naik memuncak. Bandar-bandar di pesisiran pantai seperti  Bandar Acheh, Tapak Tuan, Meulaboh serta pulau-pulau kecil seperti Simeulu dan….

Yang menjadi persoalan besar ialah bantuan dan gerakan mencari yang sungguh lewat dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia. Seolah-olah ianya disengajakan! Apakah perseteruan dengan GAM menyebabkan mereka menjadi nanar dan bingung untuk segera membantu?

Dari media, setelah hari keempat baru lah berita dari kawasan Acheh yang terputus mula diperolehi. Itu pun dibawa khabarnya olah mangsa yang terpaksa berjalan kaki atau berkenderaan yang tidak sepertinya menjauhi tempat kecelakaan untuk mencari perlindungan dan makanan. Kenapa pihak tentera Udara dan Tentera Laut Indonesia tidak menjadi golongan pertama sampai ke situ meninjau dan membantu?

Setelah armada kapal Pengangkut Pesawat USS Abraham Lincoln hadir ke perairan itu, baru lah tentera Laut Indonesia turut berada di kawasan itu dan katanya melakukan rondaan dan gerakan mencari. Dalam pada itu menjadi satu keanehan pula apabila seorang perempuan bernama Malawati mangsa  kejadian dari Acheh telah diselamatkan oleh kapal pukat laut dalam Hong Xiang No 8 dari Malaysia setelah hanyut selama 6 hari dalam jarak hanya 100 batu dari daratan Acheh! Bagaimana ianya boleh terjadi? Apakah mereka sibuk menyikat laut mencari kalau-kalau ada mangsa terselamat atau sekadar meninjau kalau-kalau ada anggota GAM yang berkeliaran?

Kegagalan institusi dalam negara kita telah diulas penulis MGG Pillai dengan panjang lebar. Cuma kita mahu tahu, apakah pihak eksekutif juga sudah diberitahu awal akan kejadian itu?

Sementara itu cerita pelbagai mangsa yang terselamat dari terpaan tsunami di pelbagai taburan tempat juga elok diambil iktibar darinya. Kelakuan aneh haiwan liar seperti gajah yang ‘menangis’, meragam  serta melarikan diri ke kawasan tinggi telah menyelamatkan ratusan pelancong di Thailand. Cerita turun-menurun dari orang tua-tua tentang perubahan gigi air laut selepas gempa bumi telah menyelamatkan penduduk di Pulau Simbang 400 km selatan dari Acheh serta 2,000 orang kaum gipsi laut di Thailand.

Manakala kisah seorang anak sekolah berusia 10 tahun dari AS yang bercuti di Phuket telah pula menyelamatkan ratusan pengunjung sebuah pantai. Kebetulan beliau baru sahaja diajar tentang gempa bumi dan tsunami dalam subjek Geografi. Akan tetapi di Malaysia, subjek penting itu telah diperkecilkan manakala pemikiran TKT Mahathir yang memufliskan negara mahu dijolok sebagai satu mata pelajaran penting!! Khabarnya kita ada Institut pemikiran Mahathir- Tun Kepala Taik!

Rakaman gambar yang dipetik dari laman CoreyKoberg.com bagaimana tsunami terbentuk sambil menyedut air sehingga cetek di gigi pantai lantas datang menerpa dengan kekuatan serta isi padu air yang cukup besar. Mungkin sebahagian besar dari orang-orang di atas telah menemui ajal secara borong akibat tsunami di kawasan Phuket itu.

Setelah lebih seminggu, gegaran di kawasan Sumatera dan Laut Andaman sudah pun semakin reda. Sehingga kini katanya 112 gegaran direkodkan dengan magnitudnya semakin mengecil. Agaknya lipatan kerak bumi itu sudah pun menyesuaikan diri mereka. Dalam pelayaran Internet, kita terjumpa satu maklumat yang agak penting dan signifikan. Apakah Gunung Merapi TOBA akan kembali aktif setelah sekian lama memendamkan diri? Secara antropologinya, gunung berapi itu kali terakhir meletus pada 75,000 tahun yang lalu. Lalu terhasillah kawasan tasik indah yang kini dikenali sebagai Danau Toba.

Kelihatan zon gelinciran terjadi kepada tepian kawah Gunung Toba, Sumatera. (gambar kanan)

Apakah gegaran sekuat 9 pada skala Richter yang telah menganjak kedudukan Pulau Sumatera sendiri sejauh 20 meter ke Barat tidak menyebabkan berlakunya rekahan sehingga memungkinkan magma menyelinap lalu membentuk tekanan tinggi yang mampu menghasilkan letupan? Kata pengamat sekiranya Toba meletup, letupan Gunung Karakatoa pada tahun 1883 dikira suatu yang terlalu kecil!

Kekeliruan fakta serta kegagalan fungsi institusi terbabit untuk mengeluarkan amaran dengan tangkas dan tepat amat memualkan serta satu pengkhianatan kepada kemanusiaan. Mana-mana orang yang mengatakan tsunami adalah suatu yang tidak pernah berlaku, mengejutkan serta fenomena ganjil di rantau ini adalah satu pembohongan yang nyata. Apatah lagi jika ia dibuat oleh golongan yang katanya cerdik pandai! Bukankah letupan Gunung Karakatoa telah menghasilkan tsunami dahsyat yang meragut 36,000 nyawa 200 tahun dahulu? Semuanya itu telah pun direkodkan. Itu di Afrika kah? Lalu apakah yang mengejutkan sangat tentang tsunami di kawasan Asia ini?

Tentu lebih banyak yang terselamat sekiranya penduduk rantau ini mendapat amaran awal akan terjadinya tsunami. Apakah keadaan bakal berubah untuk tempoh beberapa tahun ke depan? Namun sekiranya Toba bangun dari tidurnya, tentu sahaja sekali lagi keributan yang tidak terbayang akan berlaku!

Apakah ketika itu sekali lagi rakyat menjadi mangsa akan kegagalan institusi berkaitan untuk berfungsi dengan penuh amanah?

Dr. Nologareng- 05.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Tsunami: Puluhan Masjid di Aceh Tidak Terjejas
01.07.05 (5:06 am)   [edit]
Puluhan Masjid di Aceh Tidak Terjejas
Oleh Taraknama  (Laman M@RHAEN)



BANDA ACEH: Berpuluh-puluh masjid masih berdiri teguh dengan kubah mereka terserlah di bawah sinar matahari, di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar di sini? satu fenomena yang menunjukkan kekuasaan Tuhan di samping seni bina yang bagus.

Kesan bencana tsunami di utara Sumatera, Indonesia 26 Disember lalu menyebabkan sebahagian besar rumah dan bangunan di beberapa bandar ranap akibat dihentam ombak besar.

Namun, di sepanjang pantai yang dilanda bencana, puluhan masjid masih berdiri teguh.

"Kekuasaan Tuhan menghalang masjid daripada ranap," kata Mukhlis Khaeran, yang menyaksikan ombak menghanyutkan rumahnya di Baet dekat sini, tetapi tidak menjejaskan masjid berdekatan.

"Dia menghukum kita kerana ketamakan serta keangkuhan, tetapi Tuhan akan melindungi rumahnya (masjid)," Khaeran memberitahu AFP, dengan lengannya cedera kerana bencana yang mengorbankan lebih 100,000 orang di Aceh.

Masjid adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat di Indonesia, terutama di Aceh, yang dianggap sebagai pintu masuk Islam ke negara kepulauan itu yang mempunyai paling ramai penduduk Islam.

Meskipun terbabit dalam perjuangan kemerdekaan sejak lama dulu, Aceh, yang sebahagian wilayahnya melaksanakan undang-undang syariah, terus menjadi wilayah utama penduduk Islam di Indonesia.

Kepercayaan keagamaan di Aceh serta sekitar Lautan Hindi diuji pada 26 Disember lalu apabila gempa bumi mencetuskan ombak besar yang melanda pantai dan memusnahkan kawasan terbabit.

Ketika sesetengah penduduk bercakap mengenai kemurkaan Tuhan, beratus orang berlindung di masjid dalam keadaan panik untuk lari daripada ombak ganas dan berdoa kepada Tuhan selepas bencana tsunami.

Di perkampungan Kaju, dekat sini, ratusan rumah musnah manakala masjid di kawasan terbabit hanya mengalami kerosakan dinding.

"Penduduk Aceh berkata masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa boleh merobohkannya melainkan Tuhan sendiri," kata Ismail Ishak, 42, yang menggali timbunan runtuhan rumahnya untuk mencari tujuh saudara maranya.

Di Pasi Lhok, kira-kira 20 kilometer dari pekan Sigli, utara Aceh, 100 orang yang lari berlindung dalam masjid selamat, manakala hampir setiap rumah di lima kampung sekitarnya ranap, kata imam besar kawasan itu, Teungku Kaoy Ali.

Di Meulaboh, pekan di barat Aceh yang terletak 150 kilometer daripada pusat gempa bumi yang mencetuskan ombak besar maut itu, 10,000 mati tetapi masjid di bandar itu tersergam di tengah-tengah kehancuran.

Seorang penduduk di sini, Achyar berkata, apabila beliau melihat ombak besar muncul dari laut, nalurinya menyatakan lari ke masjid berhampiran.

"Saya memanjat menara masjid dan memegang kuat kepada wayar elektrik sehingga air surut.

"Kebanyakan daripada rakan Cina saya lemas kerana mereka berlindung di tingkat dua kedai mereka," katanya.

Satu penjelasan yang diberi kenapa masjid tidak musnah adalah kebanyakannya dibina lebih kukuh daripada struktur lain.

Namun, sebuah masjid di Sigli dibina daripada kayu tetapi masih terselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah.

Masjid Baiturrahman di sini rosak sebahagiannya daripada gempa bumi dan tsunami, tetapi terbukti berguna sebagai tempat berlindung, hospital untuk rawat mereka cedera dan kini juga sebagai rumah mayat.  AFP


.
.
Taraknama69@yahoo.com  - 05.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
 
Banda Acheh: Pemuda Umno Masih Tercungap-cungap
01.07.05 (4:53 am)   [edit]
BANDA ACEH:
PEMUDA UMNO MASIH TERCUNGAP-CUNGAP
Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN



Semalam rombongan Pemuda Umno dan Pemuda PAS bertembung di Pelabuhan Kelang apabila kedua-dua pihak berada di sana untuk mengirim bantuan kemanusiaan melalui KD Mahawangsa yang dijadualkan berlepas ke Banda Aceh lewat petang ini.

Khairy Jamaluddin dan Salahuddin Ayub bersalaman dan kemudiannya berpisah setelah menyerahkan bantuan masing-masing mewakili parti masing-masing.

Khairy semasa di sana sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN berkata Pemuda Umno akan menghantar FACT FINDING team seramai 10 orang ke Aceh untuk mengkaji keperluan mangsa tsunami di sana.

We want to find out what they really need because we don't want to give items that they already have.
10 orang itu kata Khairy akan dikenal-pasti dan dijangka berlepas ke Aceh kira-kira seminggu dua lagi.

PAS yang dhaif dan serba kekurangan dijangka menghantar rombongan perubatan kedua hari ini setelah misi yang pertama diketuai oleh Dr Syed Azman berlepas sejurus selepas kejadian. UMNO yang serba lengkap, gagah dan perkasa baru mahu mengenal pasti 10 orang dari kalangan mereka yang mahu ke sana. Kalau dah kenal kemudian kira-kira 14 hari pula lagi baru akan dihantar. Nanti berada di sana tak tahu berapa lama pula, barulah kemudian pulang ke tanah air untuk beri taklimat, pasti memakan masa yang panjang.

Di sana sebagaimana yang dilaporkan oleh misi pertama PAS termasuklah wakil CNN sendiri, tidak ada hotel antarabangsa, tidak ada pusat hiburan. Yang ada cuma bau mayat dan sisa bangunan dan rumah yang telah ranap. Tidur di lantai, makan-minum tidak sempurna, barangkali kerana itulah Pemuda Umno perlu mengambil masa yang lama sebelum bertindak sedangkan orang-lain telah bergegas ke sana.

Kalau demikianlah caranya, lebih baik Pemuda Umno bantu rakyat Malaysia yang terjejas sahaja, keperluan mereka pun masih banyak belum mencukupi, kerana kalau terlalu lambat hendak membuat keputusan, takut jadi bagai lebai malang, sana tak dapat sini pun tergadai.

Oleh Roslan sms - 05.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Mangsa Tsunami Dalam Tsunami!
01.07.05 (4:50 am)   [edit]
TSUNAMI DALAM TSUNAMI: MANGSANYA SIAPA?
Oleh Azizi Hj. Abdullah (Laman M@RHAEN)



Malapetaka Tsunami tidak sesiapapun boleh menafikan ia adalah kesamsengan alam terhadap beberapa negara yang terlibat dan manusia yang menjadi mangsa telah menerima risiko kesamsengan itu. Tapi satu hal lagi yang tidak didedah walaupun ia diamalkan begitu berleluasa ialah ketsunamian golongan yang ‘kononnya’ bertindak cepat membantu mangsa Tsunami.

Kampung Kuala Muda, Kota Kuala Muda adalah kampung berdekatan dengan kampung saya. Pekan Kota, tempat yang membesarkan YB Zainuddin Maidin kini menjadi pekan be‘linglong’ sukarelawan, kumpulan, manusia yang kononnya berperikemanusiaan.

Merekalah yang dikatakan bertungkus-lumus ‘membantu’ mangsa Tsunami, ombak besar dan kesamsengan alam itu. Tetapi malangnya beberapa hari di kampung, dan di Pekan Kota Kuala Muda itu sendiri, saya telah mendengar dan melihat berbagai-bagai kelakuan ‘samseng Tsunami dalam Tsunami’.

Memang pertolongan diberi begitu pantas. Memang bantuan diberi berlambak-lambak. Simpati di mana-mana. Baik pihak kerajaan mahupun NGO atau orang perseorangan, tidaklah boleh dinafikan memberi bantuan yang sepada-padanya.

Tetapi yang mendukacitakan apabila sukarelawan daripada pihak berkuasa, bantuan daripada kerajaan, ia tidak pun bersifat mengurangkan penderitaan kesamsengan Tsunami tetapi menambahkan pula keperihalan ‘penyamun tarbus’ terhadap mangsa.

Hari pertama bantuan memang ada. Tetapi sejauh mana bantuan itu?  Orang sekampung yang bernasib baik memang memainkan peranan yang sungguh baik. Tetapi apabila tiba rombongan yang dianggap ‘memberi bantuan dan pertolongan’ ia sudah bertukar menjadi ‘penggeledah’ tak berhati perut atas nama mereka anggota yang berautoriti.

Lalu dengan alasan agar penduduk tidak menjadi mangsa kali kedua, penduduk yang ingin kembali melihat rumah mereka, ingin mencari seringgit dua yang kalau-kalau masih ada di dalam almari atau laci, mereka dihambat. Kereta yang tersadai, yang boleh dikesat dan disapu habuk dan lumpur untuk memastikan kalau-kalau ada mangsa di dalamnya, diketuk, dipecahkan cermin begitu-begitu. Pada hal cara lain boleh dilakukan kalau benar-benar untuk memastikan kalau-kalau ada yang terperangkap dalam kereta.

Perbuatan begitu benar-benar menggambarkan dengki, sakit hati, tak berhati perut dan samseng yang lebih daripada Tsunami. Ada tuan punya kereta menjerit; "Ini kereta saya. Saya tahu apa ada di dalamnya, kenapa mesti dipecah-pecahkan cermin dan pintu?"

Samseng Tsunami dalam Tsunami itu tidak peduli dan megah juah kerana mereka orang berautoriti sebagai penyelamat.

 "Itu rumah saya. Saya mahu lihat barang-barang rumah saya," jerit pula seorang yang apabila disekat tidak dibenarkan masuk.

Tetapi mereka yang diangkat menjadi orang yang berkuasa, menahan juga sehingga sampai tuan punya rumah angkat parang.

Apa yang berlaku selepas itu? Memang Tsunami sudah reda, tetapi manusia itu pula menjadi Tsunami. Memang tidak ada bukti untuk menuduh tetapi hakikatnya ada barang-barang yang hilang setelah kotak dan perabot dipecahkan. Bukti memang ada, tetapi tidak tahu siapa kerana tapak-tapak kasut di lumpur bukan tapak kasut si Dolah nelayan yang hilang harta bendanya.

Jadi siapa? Tsunami tidak membuka kunci laci tetapi Tsunami lain yang memecah laci.

Bantuan memang pun diberi, tetapi kepada siapa? Pada satu ketika, orang tertentu yang diamanahkan oleh kerajaan melempar-lempar kain batik, membedak-bedak (mengagih-agihkan) beras dan wang bantuan. Tetapi apa yang berlaku, ketika hendak memberi, ‘Tsunami dalam Tsunami’ itu meninjau-ninjau dulu, mahu memastikan 'orangnya' kah, adik beradiknyakah? Lalu mangsa lain pun menjerit-jerit tapi oleh kerana yang menjerit itu rakyat marhaen, jeritan itu tidak dipedulikan.

Kerana hati perut lebih Tsunami dari Tsunami, ada yang diberi kepada tiga beranak, adik beradik yang datang dari jauh pun diberi, bukan berdasarkan bantuan kepada keluarga. Penghulu yang sepatutnya memainkan peranan, sehingga hari ketiga khabarnya belum ada sekretariat  bantuan. Seperti keluhan dalam TV pada 31 Disember 2004, seorang perempuan menjerit kerana dia tidak dapat apa-apa pun.

Kasihan, tapi manusia yang seronok kerana Tsunamilah mereka dilantik menjadi orang prihatin untuk membedak-bedak bantuan, lebih kejam daripada Tsunami sebenar.

1 Januari 2005 ketika saya di salah satu pusat bantuan, saya melihat beberapa orang petugas mengira-ngira wang dan membuat baucer. Ketika itu jam sudah pukul 10 malam. Mereka bergegas ke bandar membeli tilam. Kenapa?

Rupa-rupanya tilam bantuan dari pihak tertentu sudah ada sebenarnya. Beratus-ratus. Tetapi tilam itu masih tersusun di stor. Bila ditanya kenapa tak diberi pada orang tua yang terpaksa tidur di atas simen, jawapannya mudah. "Nanti, kita tengok orang kita dulu".

Maka apakah anda boleh yakin jika RM13 juta atau RM30 juta sekalipun kutipan derma sudah terkumpul, apakah ia benar-benar akan sampai ke tangan mangsa Tsunami. Yang pasti, Tsunami dalam Tsunami akan melakukan acara yang tentu meragukan. Ke mana seluar dalam? Ke mana coli dari kontena yang disumbangkan oleh pihak tertentu? Ke mana beras berkampit-kampit?

Jawapannya tak menentu. Saya mendapat  tahu penghuni KEDA yang tidak ada kena-mengena dengan kesamsengan Tsunami, merekalah yang kelam-kabut mendapatkan peruntukan. JKK melantik petugas daripada kalangan yang tidak kenal muka mangsa Tsunami di Kuala Muda. Mengapa? Jangan tuduh tapi tentulah boleh menimbulkan syak waham.

Umno boleh dipersalahkan. Apa-apa tindakan atau kemudahan, macamlah mereka orang yang berautoriti. Apa pun mesti mendapat kelulusan Umno, hatta polis sendiri pun sukar membuat keputusan.

Hari pertama, jangan ingat semua yang masuk ke kampung yang musnah itu dari anggota yang ingin membantu. Ada pegawai, sekurang-kurangnya tiga Land Rover dan kereta kerajaan, pegawainya membawa anak bini masuk kampung kerana ingin ’sangat’ hendak melihat petaka Tsunami. Bayangkan penduduk yang menderita, menjadi mangsa, ada pegawai bawa anak bini round sana - round sini, sedangkan kereta itu kereta ‘gomen’  untuk membawa bantuan.

Saya tidak nampak (orang lain pun begitu, malah mereka yang berkenaan lebih tahu) sekiranya bantuan RM700,000 diberi kali pertama, bukan RM700,000 yang sampai ke tangan mangsa. Apatah lagi jika sampai juta-juta. Percayakah kalau begitu perangai Tsunami dalam Tsunami, bantuan begitu banyak akan sampai?

Sesiapa yang  rajin cubalah jumlah berapa bantuan kewangan yang diisytiharkan, yang terkumpul kemudian tanya kepada mangsa berapa yang mereka dapat? Yang menjadi keliru sekarang, media-media hanya menyiarkan ratusan ringgit yang diterima melalui menteri-menteri tetapi tidak diketahui berapa peruntukan besar. Kalau rajin cuba bahagi dengan bilangan mangsa dan kemudian perimbangkan dengan peruntukan sebenar.

Kalau beras boleh diambil begitu-begitu tiga kampit, coli dan baju dalam boleh dicempung oleh mereka yang kononnya prihatin dan menjadi sukarelawan, apakah tidak mustahil peruntukan berjuta-juta?

Tulisan ini bukan kerana kita busuk hati, tetapi itulah perangai manusia yang berbangga menjadi sukarelawan, berbangga menjadi jawatan kuasa bertindak, menjadi urusetia dan lain-lain, terutama mereka yang memegang akaun dan wang yang belum tentu diaudit.

Tak payah mencari alasan dan bukti buruk sangka. Tengok yang dulu pun cukup. Ke mana perginya derma Telethon itu, Telethon ini, bantuan penyayang, jantung hatiku dan entah apa-apa lagi yang kononnya dikumpul untuk diberi pada mangsa.

Tulisan ini tidak sekali-kali menyalahkan kepada kerajaan, kepada NGO atau penderma yang berprihatin. Tetapi yang mendukacitakan ialah adanya ‘malaun-malaun’  ‘penyamun tarbus’ yang mengambil kesempatan.

Kita berpendapat, tidak ada gunanya bantuan diberi secara berperingkat-peringkat. Boleh bukan tak boleh bantuan asas diberi, tetapi bukankah lebih mudah jika RM30 juta misalnya, dibahagikan saja dengan bilangan mangsa lalu diberi atau terus membina rumah berbentuk 'ibu' kemudian jika hendak ditambah dan dibesarkan lagi, terpulanglah pada mangsa.

Yang jelas sekarang, penyamun dan peragut lebih banyak muncul ketika malapetaka berlaku dari penyamun dan peragut yang berlaku di bandar-bandar. Yang anehnya, penyamun dan peragut ini turut membaca Yasin dan solat ghaib, perogol menyamar membantu polis dan lain-lain lagi tipu muslihat yang menggambarkan; itulah Tsunami dalam Tsunami.

- Azizi Haji Abdullah - 03.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Tsunami: Petugas Umno Mengaut Keuntungan
01.07.05 (4:47 am)   [edit]
Tsunami: Petugas Umno Mengaut Keuntungan
Malaysia Today: Isnin 3 Januari, 2005
Oleh Zulkifli Mohamed

TELUK KUMBAR- 1 Januari : Ketika negara dirundung kesedihan kerana tragedi tsunami yang melanda, Malaysia Today dimaklumkan ada segelintir petugas sukarela yang membantu mangsa tsunami telah mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

Menurut Badrul Hisham Shaharin (gambar, kiri), Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, ada segelintir petugas daripada Puteri Umno telah berpakat dengan peniaga memalsukan resit belian barangan yang dibekalkan untuk keperluan mangsa tsunami.

Dakwanya, ada barangan yang sepatutnya berharga murah tetapi telah digandakan harganya melalui resit yang dikeluarkan.

“Ini bukti jelas, ada penyelewengan dalam pengagihan bantuan dan peruntukan yang dikendalikan oleh para petugas Umno. Ini baru pengagihan peringkat bawahan.” katanya.

Beliau menjelaskan demikian, selepas program gotong royong Angkatan Muda PKR membantu membaikpulih rumah salah seorang mangsa tsunami, Arif Ariffin di Teluk Kumbar, Sabtu.

Menjawab soalan, ketiadaan bilik gerakan PKR di pusat-pusat petempatan mangsa tsunami seperti mana diwujudkan oleh Wanita Umno dan Puteri Umno, Badrul menjelaskan,

“Angkatan Muda telah menghantar tawaran ke Jabatan Perdana Menteri melalui emel Perdana Menteri sendiri. Kita tawarkan tenaga sukarelawan dan barangan yang dikumpul untuk kita gerakkan sekali dengan jentera kerajaan bagi membantu mangsa tsunami, tetapi sehingga ke hari ini tiada jawapan.”

Sehubungan itu, beliau melahirkan kekesalan kerana Umno mempolitikkan tragedi ini . Menurutnya, kerajaan sepatutnya menjadikan contoh kesanggupan kerajaan Indonesia bekerjasama dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan Kerajaan India yang sanggup bekerjasama dengan Tentera Pembebasan Tamil Elam untuk membantu mangsa di negara berkenaan atas dasar kemanusiaan.

Katanya,
“Umno hendak menunjukkan seolah-olah mereka sahaja yang membantu mangsa tsunami. Sepatutnya, persoalan kemanusiaan dan kemusnahan negara diutamakan untuk membantu rakyat yang ditimpa bala bencana.”

Beliau juga berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua keluarga mangsa, seperti dilakukan kerajaan pimpinan Thaksin kerana kegagalan kerajaannya memberi amaran awal tentang ancaman tsunami kepada rakyatnya.

Badrul berharap kerajaan akan menjadikan tragedi tsunami sebagai pengajaran. Alat pengesanan amaran gempa, meskipun kosnya tinggi perlu dipasang di perairan negara untuk menjamin keselamatan dan nyawa rakyat pada masa depan.
 

“Tiada kompromi dalam masalah nyawa,” tegasnya.

Sementara itu, Fariz Musa (gambar, kiri), Exco Angkatan Muda PKR yang turut menyertai program gotong royong itu, melahirkan keyakinan bahawa bantuan yang disalurkan melalui Umno tidak akan diagihkan secara telus, adil dan saksama.

“Apabila kerajaan menggunakan jentera Umno Bahagian, Cawangan, Wanita, Puteri, JKKK dan seumpamanya, sudah pasti bantuan tidak akan dapat disalurkan secara menyeluruh kerana mereka akan bertindak secara pilih kasih,”
katanya.

Menurutnya, “Umno akan cuba memastikan bahawa aktiviti PKR dan BA membantu mangsa tsunami disembunyikan daripada pengetahuan umum, agar hanya kerajaan BN sahajalah dilihat kerajaan terbaik dalam usaha membantu mangsa-mangsa.”

Sementara itu, Amizudin Ahmat, Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, yang mengetuai program gotong royong di Teluk Kumbar itu, melahirkan terima kasih kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan melalui Angkatan Muda Negeri. Menurutnya, sebuah bilik gerakan mangsa tsunami telah ditubuhkan oleh Angkatan Muda Pulau Pinang di Kampung Sungai Batu di sini.

Turut hadir dalam program itu, Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Zarerah Hanim, Nurin Aina Abdullah, Mohd Rofi Osman; Ketua Bahagian Bukit Bendera, Aminah Abdullah; Exco Wanita Pusat dan Aidi Rafizul Idrus; Bendahari Angkatan Muda Bukit Mertajam.

Siaran - 03.01.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

 
Kalian Jangan Kurang Ajar Dengan Ahli PAS!
01.07.05 (4:46 am)   [edit]
Tuduhan Ahli PAS Memaksumkan Ulamanya
- Kalian Jangan Kurang Ajar Dengan Ahli PAS!
Oleh Mazwandi Bin Mustaffa - Laman M@RHAEN




Mulut adalah satu anggota badan yang sering disalah gunakan apabila kita berada di dalam keadaan marah. Malah ia akan membinasakan seseorang itu apabila dia terlanjur perkataan atau tersalah memilih ungkapan apabila berkata sesuatu.

Sering kali kita mendengar jika seseorang pemimpin itu adalah seorang ulama, mereka akan menyebut pemimpin itu adalah daripada golongan ulama. Apabila pemimpin yang dikategorikan daripada golongan ulama itu membuat kesilapan, maka ayat yang keluar untuk menghentam pemimpin itu adalah dengan menggunakan perkataan 'ulama'. Sebagai contoh di dalam satu artikel dari seorang yang menggelar dirinya Jamaludin Al Afghani Jr menulis, “Penulis tidak bencikan ulama sama sekali tetapi ulama didapati gagal bertindak dengan baik apabila mereka memegang tampuk kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih sesuai untuk jawatan yang bersifat sebagai penasihat sahaja.”

Apabila seseorang itu adalah seorang pemimpin yang pekerjaannya adalah seorang doktor gigi misalnya, dan beliau mempunyai masalah berkenaan dengan kepimpinannya, tiada pula kita mendengar atau membaca tulisan seseorang yang pemimpin itu adalah doktor gigi. Misal contoh, jika seseorang pemimpin itu bernama Dr. Abuyah, tiada pula kita terbaca yang mengatakan, "Penulis tidak bencikan doktor gigi sama sekali tetapi doktor gigi didapati gagal bertindak dengan baik apabila mereka memegang tampuk kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih sesuai untuk jawatan yang bersifat sebagai penasihat sahaja.” Malah kita akan membaca "Penulis tidak bencikan Dr. Abuyah sama sekali tetapi Dr. Abuyah didapati gagal bertindak dengan baik apabila mereka memegang tampuk kepimpinan dalam PAS. Mereka lebih sesuai untuk jawatan yang bersifat sebagai penasihat sahaja.”

Jadi mengapakah apabila seseorang pemimpin yang berpendidikan agama apabila tersalah guna kuasa, perkataan ulama dikeluarkan? Bukan nama pemimpin itu yang dibesarkan, tapi perkataan ulama yang sengaja diperbesarkan. Malah dituduh ahli PAS adalah golongan manusia yang mengatakan ulama PAS adalah maksum. Ini adalah satu fitnah yang nyata lagi melampau. Lebih baik sesiapa yang menuduh kami ahli PAS mengatakan ulamanya maksum, bunuh sahaja kami, kemudian mayat kami anta buat gulai kemudian makan buat kenduri. Itulah perumpamaan dosa yang kalian buat apabila memfitnah lebih 900,000 ahli PAS memaksumkan ulamanya. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang maksum di dunia ini. Sahabat nabi pun tidak boleh dikategorikan maksum walau mereka memang ahli syurga.

Kami ahli PAS memang telah terbau ke mana arah arus yang akan dibawa apabila artikel Orang Kuat PAS: Isu Kohilal: Hassan Shukri Masih Layak Sebagai Timb. Presiden PAS dikeluarkan. Sama ada beliau ini ahli PAS atau bukan kami tidak tahu. Jika betul beliau adalah ahli PAS, tolong beri nama sebenar, serta nombor ahlinya sekali agar kami dapat membetulkan aqidah seorang ahli PAS yang telah tersasar jauh memaksumkan ulama. Tolong beri nama sebenar di dalam web page yang anta telah keluarkan iaitu di laman web Laman Marhaen. Jika beliau tidak berani, memang sah beliau adalah bukan ahli PAS, malah seorang pemfitnah untuk memburukkan gerakan Islam.

Ulama adalah satu GOLONGAN manusia yang alim, golongan orang-orang yang alim apabila dijamakkan namanya ulama, dan ulama ini adalah pewaris nabi. Jika seseorang yang alim itu memimpin, kemudian dia terbabas dengan fitnah dunia, maka orang itu telah jatuh taraf ulamanya. Bukanlah ulama yang patut disalahkan, malah individu itu yang patut disalahkan. Jangan bermain-main dengan perkataan, nanti kita akan terjerumus seperti golongan Syiah yang menghina sahabat, mengatakan sahabat ini tidak betul, sahabat ini dilaknat Allah, padahal para sahabat dah masuk syurga dah, yang pihak Syiah ini tak tahulah ke mana arah perginya, ke neraka?

Mulut kalian jangan celupar pada ulama, jika hendak celupar juga, kalian celupar sahajalah kepada ahli PAS kerana ahli PAS dah biasa dituju dengan ayat-ayat itu. Jika hendak menghentam juga kerana memang itu kerja kalian, hentamlah pada orang yang hendak dituju. Jika tidak berpuas hati dengan Ustaz Harun Taib, maka berdepanlah dengan beliau, bukannya berdepan dengan ulama. Kerana jika betullah Ustaz Harun Taib telah terbabas dengan fitnah dunia, maka beliau bukanlah seorang ulama, tetapi hanya sekadar manusia biasa yang telah tergoda dengan godaan syaitan kerana beliau bukanlah seorang yang maksum. Jika ikhlas kita kerja kerana Allah, kembalikanlah Ustaz Harun Taib kepada perjuangan Islam.

Yang Benar.
Mazwandi Bin Mustaffa
No. ahli PAS : 664863
02.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Kerajaan Kelantan Derma RM100 Ribu Kpd Mangsa Tsunami
01.07.05 (4:44 am)   [edit]
KERAJAAN KELANTAN DERMA RM100,000 KEPADA MANGSA TSUNAMI
Mohd Sayuti Omar melaporkan dari Jakarta - Laman M@RHAEN




Jakarta: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada mangsa serangan ombak tsunami di Acheh.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan Haji Husam Musa yang mewakili kerajaan negeri. Sumbangan itu merupakan yang paling awal dihulurkan oleh sesebuah kerajaan negeri dari Malaysia.

Turut sama menghulurkan bantuan kewangan, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas yang menyampaikan sumbangan daripada khariah surau Taman Tun Razak serta jiran setempat.

Turut sama dalam rombongan itu ialah Adun Lombongan, Drs. Zainuddin Awang Hamat, yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Husam bersama rombongan seramai empat orang tiba di sini lewat tengah hari tadi menyampaikan bantuan itu menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (PBSMI). Sumbangan itu diterima oleh Presiden Persatuan PBSMI Bapak Basuki yang diwakili oleh isterinya, Laila Mastura.

Turut berada di majlis penyerahan bantuan berkenaan beberapa orang mangsa serangan ombak berkenaan yang juga anak menantu dan cucu Bapa Basuki. Mereka juga turut menceritakan detik-detik cemas berhubung kejadian pada 26 Disember itu.

Rombongan kerajaan Kelantan itu turut diberikan taklimat ringkas oleh pihak PBSMI berhubung kejadian berkenaan dan masalah yang berlaku di Acheh pada masa ini.

Keadaan di Acheh ketika ini sungguh menyedihkan di mana sebahagian daripada kira-kira 400,000 mangsa masih belum disempurnakan. Mayat bergelimpangan di kiri dan kanan jalan serta bercampuran dengan sampah sarap dan ada yang tenggelam di dalam lumpur.

Usaha menyelamatkan mangsa yang masih hidup serta mengebumikan ribuan mayat menghadapi kesulitan kerana kekurangan tenaga manusia. Keadaan menjadi bertambah sulit lagi apabila mayat sudah mula mereput dan berbau.

Pihak badan sukarela dan NGOs dan juga kerajaan serta bantuan dari luar sukar untuk memasuki ke Acheh dan menyampaikan bantuan disebabkan masalah ketiadaan pengangkutan dan juga jalan perhubungan yang masih belum pulih.

Ekoran itu bertan-tan barangan yang dikumpul berupa makanan, pakaian dan peralatan lain tersangkut di pusat pengumpulan yang ada di seluruh Indonesia khasnya di Jakarta.

Sementara itu Husam memberi jaminan kerajaan negeri dan pihak lain yang sangat bersimpati di atas kejadian itu akan terus memberikan sumbangan untuk meringankan bebanan mangsa berkenaan. Beliau menjangka rombongan kedua dari Kelantan akan menyusul sebaik beliau pulang.

Katanya sumbangan itu adalah sebagai menyatakan simpati rakyat Kelantan ke atas nasib umat Islam di Acheh.

Sebelum itu Nasharuddin menyampaikan ucapan takziah dan salam daripada Presiden Pas Haji Abdul Hadi Awang dan juga segenap kepimpinan Pas kepada rakyat dan kerajaan Indonesia.

Menurutnya kepimpinan Pas meminta rakyat Indonesia khasnya menerima bencana itu sebagai satu ujian Allah bukan sahaja untuk rakyat Indonesia tetapi
untuk semua umat Islam. Bencana itu juga sebagai ujian ke atas sedalam mana persaudaraan Islam.

Sebelum Subuh esok Husam bersama rombongan akan berlepas ke Acheh dengan pesawat Hercules milik Angkatan Tentera Indonesia (TNI. Rombongan itu dijangka akan berada selama seminggu di Acheh.

Mohd Sayuti Omar - 01.01.2005
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Gempabumi Dan Tsunami Sumatera: Malapetaka Dahsyat
01.07.05 (4:43 am)   [edit]
Gempabumi Dan Tsunami Sumatera: Malapetaka Dahsyat
Oleh Dr Nologareng (Laman M@RHAEN)


Angka kematian mungkin akan melebihi 1 juta orang apabila mengambil kira kemungkinan menyusulnya wabak penyakit berjangkit di rantau yang dilanda musibah itu. Indonesia yang merupakan pusat gegaran mencatatkan angka melebihi 80,000 kematian (sekitar bandar Acheh sahaja) dengan sesetengah pekan kecil dan perkampungan sepanjang pantai baratnya telah disapu bersih oleh tsunami yang khabarnya sehingga 45 kaki tingginya dan melimpah sehingga 10 batu ke kawasan daratan. Laporan terkini ada mengatakan yang sesetengah pulau kecil yang dihuni penduduk negara itu telah lenyap terus dari peta manakala angka kematian mungkin sudah menjangkau 400,000 orang!

Menurut petikan yang dibuat dalam Forum Gerak Reformasi, seorang warganegara kita yang berketurunan Acheh menceritakan bagaimana beliau telah kehilangan 40 ahli keluarga dalam kejadian 26 Disember itu.

["Maklumat ini saya dapat menerusi talian telefon. Walaupun kurang jelas tapi saya cuba berkali-kali untuk memperolehi kepastian bagaimana keadaan di sana," katanya yang bertandang ke pejabat Harakah, hari ini.

Pertama, berlaku satu gegaran yang sangat kuat sehingga orang di dalam rumah terangkat.

Ombak kedua memusnahkan segalanya

Kemudian ia diikuti tiga kali gegaran kecil dalam tempoh dua hingga tiga saat.

Pada masa itu juga rumah dan bangunan runtuh. Air laut surut sejauh dua hingga tiga kilometer.

"Ada sebilangan penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan bergelimpangan di pantai sebaik air laut surut serta merta," kata Zia.

Sejurus sahaja air laut surut, tiba-tiba datang satu gelombang pertama yang kecil dan bersih airnya, ia disusuli dengan satu gelombang besar yang berlumpur dan bercampur batu-batu yang mengorbankan berpuluh ribu nyawa dan harta benda.

"Gelombang kedua inilah yang tidak disangka penduduk sehingga meragut nyawa dan harta benda mereka sekelip mata," katanya.

Katanya, ada juga saudaranya menceritakan ombak yang dilihat mereka setinggi pokok kelapa.

Sementara itu, saudaranya yang berada di Lhong, Acheh Barat pula berkata, empat saat selepas gempa berlaku mereka menyaksikan tompokan awan hitam di laut yang tingginya boleh menenggelamkam sepohon pokok kelapa (30 meter tinggi).

"Ombak ini juga meranapkan seluruh perkampungan Acheh sehingga ke batasan Blangpidie. Gegarannya tersangat kuat sehingga tiada lagi manusia yang tinggal.

"Mungkin ia hilang bersama ombak ke tengah lautan," katanya.

Katanya, di antara daerah dan kampung yang dilanda teruk ialah Banda Acheh, daerah Lho'nga, Laupong, Lhu, Pekan Lamno, Kuala Lambauso, Kuala Unga, Kuala Panga, Patek, Pantai Teunum. Kreungsabe, Pekan Besar Chalang, Kuala Arungan, Suwak Seumaseh, Kota Meulaboh, Blangpidie dan Perbatasan Kota Fajar Selatan Acheh.

Beliau menjangkakan lebih lapan puluh peratus kawasan-kawasan tersebut musnah dan di situ terdapat 800 kampung yang mana setiap kampung mempunyai 200 hingga 250 rumah yang didiami lebih kurang tujuh orang dalam setiap rumah.

Beliau juga menganggarkan mangsa keseluruhan yang terkorban dalam tragedi tsunami di Acheh mungkin mencecah angka satu juta nyawa. ]

Bantuan luar mencurah-curah masuk dengan kawasan yang terputus hubungan mula dimasuki pasukan penyelamat. Semakin hari semakin banyak mayat mangsa yang terbunuh dijumpai dan ianya sekali gus mengubah angka anggaran awal. Keadaannya begitu memilukan dan tragis sekali.

Kini selain dari tugasan berat yang menanti untuk mengebumikan mayat serta membersihkan kesan kemusnahan yang terjadi, masalah bekalan makanan serta air bersih yang terputus, masalah kesihatan berkaitan wabak penyakit pula dibimbangi di negara terbabit terutamanya Indonesia.

Manakala dalam negara kita kerosakan ditaksirkan sekitar RM100 juta dengan kerosakan teruk melanda perkampungan nelayan terutamanya di Kuala Muda Kedah. Selain dari rumah yang musnah, kereta dan bot serta peralatan mencari rezeki mereka telah musnah sebahagian ataupun sepenuhnya. Berita secara lisan yang diterima menceritakan bagaimana sebuah bot nelayan laut dalam di Perlis telah terpaksa memotong pukatnya yang berharga RM500,000 untuk meringankan beban semasa memecut berselindung di sebalik Pulau Langkawi setelah melihat kedatangan ombak tsunami.

Bercakap dalam soal kegagalan Jabatan Kaji Cuaca mengeluarkan amaran, ada kalangan kita yang menggali semula cerita bagaimana Jabatan itu telah mendapat anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam tahun 2003!! Sungguh ironis kan?

Melalui laman http://www.rumormillnews.com/" title="http://www.rumormillnews.com/" target="_blank"http://www.rumormillnews.com/... telah menyiarkan berita yang disiarkan akhbar The Nation Thailand, pihak berkuasa berkaitan negara itu dengan sengaja telah tidak menyiarkan amaran kerana mahu melindungi industri pelancongan negara tersebut yang kini begitu rancak serta mengelak daripada saman perundangan sekiranya tsunami tidak berlaku walaupun mereka sudah pun melakukan mesyuarat tergempar pada detik awal gempabumi itu dikesan! Lebih melucukan apabila pakar itu mendapat maklumat yang tidak tepat kerana menyangka kekuatan gempabumi hanyalah 8.1 pada skala Richter.

Perhatikan petikan ulasan seperti di bawah dari laman di atas…….

“...We finally decided not to do anything because the tourist season was in full swing. The hotels were 100% booked full. What if we issued a warning, which would have led to an evacuation, and nothing had happened. What would be the outcome? The tourist industry would be immediately hurt. Our department would not be able to endure a lawsuit...”
Apakah keadaan serupa juga terjadi dalam negara kita? Apakah para pegawai Jabatan Kaji Cuaca  mengambil pendekatan yang sama? Lebih pentingkan aspek ekonomi dan keuntungan komersial dari keselamatan nyawa rakyat?

Sementara itu kita menerima berita yang menjelaskan bagaimana musibah teruk dapat dielakkan di perkarangan setiap hotel di Pulau Pinang. Rakan perhotelan mereka di Langkawi telah terlebih dahulu menghubungi pihak di Pulau Pinang bagi memaklumkan kedatangan ombak Tsunami. Khabarnya pihak polis juga telah diberitahu. Lalu petugas hotel terbabit segera mengosongkan kawasan pantainya. Jika tidak nescaya lebih banyak rakyat menjadi mangsa tsunami. Kenapakah pihak polis memeram berita itu tanpa berbuat sesuatu dengan pantas di kawasan lain Pulau Pinang (Pantai Miami) dan perkampungan nelayan Kuala Muda? Bukankah mereka mempunyai sistem perhubungan yang canggih serta kereta peronda yang banyak bersimpang siur dalam negara ini? Bukankah banyak pondok bit yang dibina? Itu belum termasuk ramainya anggota SB yang berkeliaran.

Alasan tsunami tidak berada dalam senarai bencana dalam negara adalah alasan bersifat ‘damage control’ sahaja. Begitu juga dengan saranan PakLah supaya mana-mana pihak tidak menuding antara satu sama lain. Jelas institusi kerajaan telah gagal dalam tugas mereka menjaga keselamatan rakyat.

Pancaroba pasca Tsunami

Dalam kesedihan dilanda bencana tsunami itu ada juga di kalangan kita yang mengambil kesempatan menggeledah rumah mangsa yang ditinggalkan kerana terpaksa mendiami penempatan sementara. Anehnya kegiatan menyelongkar itu dilakukan dalam kawasan yang dijaga dan dikepung pihak polis dan anggota keselamatan lain. Ini mengingatkan kita kepada kejadian lumrah kereta yang disimpan dalam kawasan balai polis telah kehilangan peralatan radio kaset di dalamnya semasa dalam jagaan mereka!

Hampir RM16 juta telah terkumpul setakat ini dari sumbangan orang ramai serta syarikat korporat. Ada benarnya soal halal haram duit yang didermakan itu wajar diasingkan. Jangan lah sehingga bantuan makanan, pakaian serta rumah itu datang dari Konglomerat Genting dan sekutunya! Hancuss….jadinya nanti. Pihak yang mengendali kutipan itu mesti menghalusi perkara ini kerana sebahagian besar mangsa ialah orang Islam. Jangan pakai main ranjau saja.

Kalau dilihat jumlah bantuan yang diberi, kita terasa geli hati. Rasa nak menangis pun ada. Entah siapalah agaknya yang membuat formula agihan bantuan itu. Jumlah bantuan tambahan yang diumumkan oleh PM Abdullah Badawi itu sungguh menyagat hati. Berapa agaknya nilai RM5,000 untuk rumah yang musnah serta RM2,000 bagi rumah yang rosak? Apa yang boleh dibeli mereka dengan harga barangan yang tinggi? Tahukah mereka harga sebatang tiang dan sekeping papan untuk dibuat rumah?

Begitu juga nilai bantuan untuk kerosakan bot para nelayan terbabit. Nilai RM3,000 serta RM1,000 untuk bot besar dan kecil yang rosak sungguh menyedihkan! Apakah ianya mencukupi bagi mereka memulakan hidup baru dengan membina rumah kediaman serta modal untuk turun ke laut mencari rezeki? Apatah lagi itu baru janji di dada akhbar dan media! Apakah bantuan itu nanti akan telus atau pun terjerlus seperti mana bantuan banjir di Kedah pada tahun lalu yang masih ramai mangsa memendam rasa apabila ia dipolitikkan. Rungutan mangsa sudah pun kedengaran apabila mereka mempersoalkan tentang jumlah kutipan yang amat besar sedangkan apa yang mereka peroleh seperti titisan air sahaja. Kita masih belum lupa bagaimana terdapat golongan yang bukan mangsa penyakit Virus Nipah di Negeri Sembilan mendapat habuan yang lebih berbanding keluarga mangsa sendiri!!

Sementara dalam tempoh para mangsa tidak dapat mencari rezeki dan dibantu itu, hendak nya sumber duit itu yang jelas dan terang. Dalam kata lain- HALAL. Begitu juga dengan pakaian seragam sekolah dan peralatan belajar. Jangan lah duit Genting Berhad yang digunakan dalam membelinya! Memang lah dalam keadaan darurat tanpa makanan lain, daging khinzir boleh dibedal. Akan tetapi dalam soal duit bantuan itu, bahagian yang jelas sumbernya haram patut diasingkan supaya tidak membiayai makanan dan pakaian serta tempat tinggal.

Seketika kita merasa lega apabila Najib telah menerangkan bagaimana mangsa akan dibantu dalam tiga peringkat bantuan. Namun beliau juga mengatakan yang kerajaan tidak mampu memberi gantirugi sepenuhnya! Ai…..beruntunglah anak TKT Mahathir dahulu yang mendapat bantuan sepenuhnya semasa krisis kejatuhan matawang serta saham sedikit masa dahulu.

Ekoran dari gempabumi itu, enam belas kawasan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampar Perak telah pula mendap tanahnya  membentuk beberapa lubang yang amat besar. Ada yang sebesar kolam renang bersaiz olimpik http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nas ional/20041230090818/Arti cle" title="http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nas ional/20041230090818/Arti cle" target="_blank"http://www.bharian.com.my/m/B... . Manakala dalam laporan berita diberitahu satu kawasan perumahan, terjadi letupan di bawah tasik yang berdekatan dengan terhasil bau wap sulfur. Manakala ikan-ikan di tasik tersebut timbul dan bermain-main di gigi air. Apakah itu juga berkait dengan gempabumi di Utara Sumatera pada 26 Disember lalu? Yang sedihnya tiada berita susulan yang disiarkan media sehingga hari ini, kenapa agaknya?

Jika dilihat dari kekuatan gempabumi itu serta beberapa puluh gegaran kecil yang menyusulnya pada kedalaman 10 batu di perut bumi itu, ianya tidak mustahil. Dalam laman Pravda.ru, seorang profesor di Russian People's Friendship University, Evgeny Dolginov PhD telah memberi amaran satu siri gempabumi mungkin berlaku di negara-negara zon khatulistiwa. Beliau adalah Pengarah Sains Geologi-mineral di Universiti terbabit. Menurut teorinya, terdapat keretakan pada perut bumi yang berpotensi dalam menghasilkan gempa bumi. Melihat kepada keretakan itu beliau menjangkakan gempabumi boleh terjadi di sekitar Guinea, Cameroon, Nigeria dan Gabon. Kedudukan negara berhampiran Equador di Amerika Selatan juga dalam bahaya. Sekiranya gempabumi lautan terjadi, keadaan yang hampir serupa dialami Asia akan menimpa negara sekitar Equador.

Hampir seminggu bencana itu terjadi, namun operasi mencari dan membersihkan kawasan bencana baru sahaja bermula di kawasan yang terputus hubungan di Indonesia. Dalam masa beberapa hari ke depan, angka kematian pasti akan melonjak manakala yang masih hidup akan ditimpa trauma yang teruk. Bekalan yang sukar dihantar kepada mangsa terselamat oleh masalah perhubungan akan memburukkan lagi keadaan. Memang menyedihkan apabila kita membaca di dada akhbar dan juga laman Internet luar negara.

Dr. Nologareng- 01.01.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Mesej Buat Sdra Anwar Ibrahim
01.07.05 (4:22 am)   [edit]
MESEJ KHAS BUAT SDR ANWAR IBRAHIM
Oleh Hang Nadim (Laman M@RHAEN)




Di awal-awal tahun begini, Yang Empunya Cerita nak sembang sedikit fasal Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Saya minta Saudara Anwar baca mesej khas ini baik-baik supaya Saudara dapat memutarkan memori Saudara berpuluh tahun ke belakang demi sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan Negara.

Wahai Saudara,

Sewaktu Saudara memimpin Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Yang  Empunya Cerita sama-sama mendaulatkan perjuangan itu. Kita sama-sama berjuang untuk melunturkan pengaruh sosialis Sidik Nongtak dan Sim Kim Chew yang ketika itu memimpin Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM). Sewaktu Saudara menganjurkan kursus kepimpinan di Maahad Mahadi, Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan, Yang Empunya Cerita turut sama. Kita sama-sama tidur di atas lantai yang hitam tebal dengan tanah dan daki, tanpa tikar dan tanpa bantal. Sewaktu Saudara menjunjung perjuangan Dr. Mahathir menentang Tunku Abdul Rahman, Yang Empunya Cerita juga berjuang bersama.

Kita sama-sama membakar effigy  atau patung-patung Tunku Abdul Rahman sehingga beliau keluarkan kenyataan “Pelajar-Pelajar Melayu Jangan Gali Kubur Sendiri.” Sewaktu Saudara memperjuangkan Hamid Tuah, Yang Empunya Cerita juga mendukung perjuangan itu. Sewaktu Saudara memperjuangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Yang Empunya Cerita turut menyertai delegasi menghadap Datuk Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran di Federal House, Kuala Lumpur. Sewaktu Saudara aktif dalam Persatuan Mahasiswa Asia Tenggara (PEMIAT) Yang Empunya Cerita turut merestui perjuangan Saudara dengan mengirimkan delegasi ke persidangan PEMIAT di Jakarta. Tetapi, sewaktu Saudara menubuhkan ABIM dan WAMY, Yang Empunya Cerita hanya mengiringi perjuangan Saudara dengan doa dan harapan dari luar kampus.

Sampai setakat ini, tentunya Saudara bertanya, apa hal nak putar-putar rekod lama ni? Sabar. Saudara kena sabar! Dari rekod lama, barulah dapat kita menjejaki rekod yang baru. Rekod lama ini diputarkan supaya Saudara insaf bahawa sejak dulu hingga ke hari ini, sebenarnya Saudara mempunyai ramai sahabat seperjuangan yang ikhlas, jujur dan setia. Saudara mempunyai ramai sahabat-sahabat yang idealis, nasionalis, pragmatis, non-materialistik dan non-individualistik.

Saudara mempunyai ramai sahabat seperjuangan yang sanggup berkorban apa  sahaja. Saudara pastinya masih ingat nama-nama mereka. Atau, mungkinkah Saudara sudah melupakan mereka kerana Saudara amat selesa diulit oleh Ezam And The Gang? Cuba Saudara ingatkan kembali. Bukankah pada ketika itu ramai sahabat Saudara yang nasionalis seperti Mansor Rahman dan Samaruddin Rejab dari ITM (UiTM), Azizan Bahari dari Kolej Pertanian (UPM), Zakaria Hashim dari Maktab Teknik (UTM), Kamaruddin Md Nor (UM) dan lain-lainnya. Lepas tu, ada pula Kamaruddin Sulaiman (KAM MCKK), Halim Abdullah (Lawyer buruk ITM) dan lain-lainnya.

Di mana nama-nama ini sekarang? Tidakkah wajar sempena Tahun Baru 2005 ini Saudara susur balik nama-nama tadi, himpunkan mereka, minta buah fikiran mereka, pandangan mereka dan nasihat mereka, mengenai masa depan politik Saudara? Sekurang-kurangnya, pandangan, komen dan nasihat mereka boleh menjadi pengimbang kepada nasihat dan buah fikiran yang Saudara perolehi daripada Ezam And The Gang. Sekurang-kurangnya, sahabat-sahabat lama ini sudah teruji keikhlasan dan pengalaman masing-masing. Sekurang-kurangnya mereka lebih banyak makan garam dari Geng Yuppies yang menonjol di sekeliling pinggang Saudara ketika ini.

Seterusnya, Yang Empunya Cerita harap, Saudara jangan melatah sangat pasal perkara-perkara yang subjektif seperti soal demokrasi, kebebasan akhbar (freedom of the press), ketelusan dan sebagainya. Perkara-perkara ini hanya elok untuk perbahasan akademik, tetapi tidak boleh dijadikan modal untuk memperoleh political mileage atau sokongan politik. Perkara-perkara ini hanya menarik kepada kelompok intelektual seperti Chandra Muzaffar atau Rustam Sani. Wak Keromo di Pontian tak peduli sangat isu-isu seperti ini. Dia lebih suka Saudara memperjuangkan soal politik marhaen dan lumrah seperti kemiskinan, pendidikan dan lain-lainnya. Yang Empunya Cerita membangkitkan soal ini kerana kenyataan Saudara mengenai Freedom Of The Press sewaktu di Jakarta, katanya, hari ini sudah jadi bahan ketawa banyak pihak di Malaysia. Kata mereka, “apalah Anwar ni, dari dulu sampai sekarang tak jemu-jemu bincang soal basi macam ni?

Sabar Saudara. Sabar!! Apa mereka kata, memang benar. Saudara dan Yang Empunya Cerita, boleh berdebat mengenai kebebasan akhbar sampai zaman kucing bertanduk pun tak akan selesai dan tiada siapa yang akan menang atau pun kalah. Kenapa? Sebab isu ini adalah subjektif. Tengok ajelah soal kebebasan akhbar pada hari ini. Saudara sedar tak, hari ini negara mana yang boleh dijadikan penanda-aras (benchmark) kebebasan akhbar? Amerika Syarikat? Orang Putih kata, bullshit!!! Orang Melayu kata, taiklembu!!! Kenapa? Sejak 11 September 2001, mana ada press freedom di AS? Mana ada? Sedarkah Saudara, hari ini majoriti akhbar atau media elektronik di AS adalah pendukung pembunuhan, pemusnahan, penipuan, pembohongan dan fitnah? Ini kerana majoriti media AS yang dikuasai oleh modal zionis-yahudi, pada hari ini adalah pendukung peperangan menentang keganasan yang dipelopori oleh Bush? Mereka menyokong Bush membunuh rakyat Iraq yang tidak berdosa. Mereka mendukung perbuatan Bush menyembelih orang Afghanistan yang tidak berdosa. Jadi, kalaulah Saudara membicarakan kebebasan akhbar, dan beranggapan kononnya kebebasan akhbar wujud di AS, apa bezanya Saudara dengan zionis-yahudi yang kononnya jadi juara kebebasan akhbar di AS yang kini jadi golongan munafik laknatullah?

Minta maaf Saudara, kalau Yang Empunya Cerita agak emosi dan kasar dalam hal ini. Jangan marah. Yang Empunya Cerita dan semua orang yang sayangkan Saudara tak mahu Saudara dicap oleh mana-mana pihak sebagai pendukung perjuangan zionis-yahudi AS. Kita semua tau Saudara berjiwa Malaysia, berjiwa Islam, berjiwa universal dan berjiwa murni. Tak macam zionis-yahudi yang hidup memanipulasikan orang lain demi zionisme, Israel dan kekayaan mereka sahaja. Mereka tidak peduli kalau darah orang lain melimpah ibarat sungai dan laut akibat disembelih oleh tentera AS, asalkan mereka selamat dan kaya raya. Mereka tidak peduli kalau bertan-tan bom canggih meledak di bumi Iraq, Kosovo, Afghanistan dan lain-lainnya, asalkan kapitalis senjata dari kalangan mereka juga jadi kaya raya. Mereka tidak peduli kalau minyak Arab Saudi dan Iraq serta LNG dari Asia Tengah digunakan untuk ekonomi dan senjata AS, asalkan kapitalis petroleum mereka juga jadi kaya raya.

Pokoknya, orang mati, orang kena bom, harga minyak naik melambung akibat perang dan manusia jadi berbalah-balah, semuanya kerana zionis-yahudi yang menguasai politik AS dan Israel. Saudara pastinya tau dan insaf akan hal ini kerana pada suatu ketika dulu Saudara juga pernah menjadi sasaran zionis-yahudi!! Ingat Saudara. Perjuangan Saudara adalah untuk mensejahterakan ummah. Jadi, jangan sekali-kali Saudara atau pengikut Saudara terjerumus atau diheret ke kancah perjuangan zionis-yahudi dengan menjeritkan slogan-slogan kebebasan akhbar, demokrasi liberal, kroni-kapitalisme atau sebagainya. Ini semua terdengar merdu di telinga zionis-yahudi. Tetapi, jangan sekali-kali izinkan diri kita dan diri Saudara yang jadi pendendang kepada slogan-slogan zionis-yahudi ini.

Saudara. Yang Empunya Cerita amat insaf bahawa Saudara berniat baik dan berjiwa murni bila mengatakan di Malaysia tidak ada kebebasan akhbar. Mungkin Saudara berkata demikian kerana sambutan hebat ke mana sahaja Saudara pergi kebelakangan ini tidak dilaporkan oleh akhbar perdana tanah air. Tak usah bimbang fasal hal macam tu. Berita itu memang tak disebarkan oleh akhbar perdana. Tetapi, orang tau juga hakikatnya kerana kini ada media alternatif macam SMS, Internet, telefon dan sebagainya. Akhirnya, orang di Cherok To’kun, Gelang Patah dan Felda Taib Andak pun tau juga berapa ribu manusia menyambut kunjungan Saudara ke Kuala Terengganu baru-baru ini.

Satu lagi soal demokrasi. Yang Empunya Cerita, harap, sangat-sangat berharap, tak payahlah Saudara cerita fasal demokratik atau tidak demokratiknya kerajaan kita hari ini. Soal demokrasi ini juga waktu ini tak ada benchmarknya. AS? Sekali lagi, bullshit!!! AS yang kononnya pejuang demokrasi, sebenarnya pejuang hipokrasi dan plutokrasi. Hipokrasi ertinya kepura-puraan, penipuan, pembohongan. Plutokrasi ertinya perjuangan orang kaya, golongan elit dan golongan bangsawan, supaya mereka jadi lebih kaya-raya, sama seperti perjuangan neoliberal, di mana golongan kapitalis, kononnya mestilah diberi kebebasan untuk melipatgandakan keuntungan, biarpun orang lain akan jadi papa kedana. Kalau di AS, golongan plutokrasi ini terdiri daripada Zionis-Yahudi yang menguasai bank, media massa, industri perang, industri petroleum dan telekomunikasi. Golongan plutokrasi inilah sebenarnya yang memerintah AS. Presiden Bush cuma jadi kadamnya. Golongan ini mempunyai ramai pakar lobi yang terdiri daripada cerdik-pandai Yahudi yang berada di beberapa jabatan strategik seperti  di Whitehouse, Jabatan Negara, CIA, FBI, Jabatan Pertahanan dan juga PBB. Golongan ini mempunyai dwi-kesetiaan, iaitu kepada AS dan juga Israel. Golongan inilah yang mempengaruhi Presiden Bush supaya melancarkan perang ke atas Iraq dan Afghanistan. Jadi, kalau Saudara terlalu sangat mengagung-agungkan demokrasi, orang akan beranggapan Saudara terlalu mengagung-agungkan AS yang ketika ini menjadi penyembelih umat Islam di Asia Barat dan Asia Tengah.

Oleh itu Saudara, rentikanlah kisah demokrasi dan kebebasan akhbar tu. Carilah lain-lain hard, solid and factual issues. Panggillah sahabat-sahabat lama Saudara di zaman PKPIM, PEMIAT, WAMY dan ABIM. Tanya mereka apakah isu perjuangan yang amat menawan dan menambat hati majoriti rakyat Malaysia hari ini? Rasuah? Ok. Rasuah, boleh jadi isu factual dan emosional. Apa lagi? Kemiskinan? Jurang Digital? Pemilikan modal Bumiputera? Taburan penduduk yang tak seimbang antara bandar dan desa? Penguasaan maklumat? Hubungan dua-hala dengan Singapura? Bahasa? Perpaduan? Integrasi? Hisss. Macam-macam ada!!! Banyak isu realistik yang boleh Saudara perjuang dan reformasikan. Usaha seperti ini pastinya akan membolehkan Saudara membina satu asas perjuangan baru sesuai dengan kehendak generasi baru Malaysia. Kalau boleh, kaji dan kupaslah juga Wawasan 2020. Dari situ, mungkin akan terbit banyak perkara yang perlu dan mesti diperjuangkan oleh Saudara supaya Malaysia terus maju pada masa akan datang.

Sepatah kata Orang Putih, please avoid the political trivials. Soal Khairy Jamaluddin yang tengah gila kuasa, soal Hishamuddin yang tengah sasau, soal Ali Rustam yang tengah menggeletar dan sebagainya, tak payah Saudara perjuangkan. Biarkan mereka diadili oleh waktu dan suasana. Begitu juga dengan kawan-kawan (bukan sahabat-sahabat) Saudara. Kawan-kawan Saudara mestilah yakin kepada Saudara sebagai pemimpin mereka. Mereka mesti berikan kesetiaan total kepada Saudara. Mereka mesti ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka dengan Saudara. Saudara perlu beritahu kawan-kawan Saudara, bahawa parti politik yang Saudara nak pimpin kelak, jangan dijadikan wadah memperjuangkan tembolok.

Akhir sekali buat kali ini, Saudara mestilah menyedari potensi Saudara sebagai pemimpin. Saudara juga mestilah memilih prinsip dan falsafah kepimpinan yang ideal dan cocok dengan zamannya. Dalam konteks ini, Yang Empunya Cerita nak sampaikan salam perjuangan seorang veteran UMNO kepada Saudara. Dia pernah memegang satu jawatan kanan di era Mahathir dan Saudara. Katanya:

“Cakap pada Nuar, dia tak payah masuk UMNO. Suruh dia buat parti baru. Jangan gunakan Keadilan atau PAS, kalau dia nak hidup dalam politik. Keadilan sudah berjaya mencapai cita-citanya, iaitu membebaskan Nuar. PAS tak boleh jadi alternatif kepada UMNO, sebab tu orang Melayu kurang menyokongnya. Oleh itu, Nuar mesti kena fikirkan apa caranya dia boleh tubuhkan parti baru yang boleh jadi alternatif kepada UMNO. Bagi tau dia, Nuar masih ada ramai penyokong, pengikut dan peminat dalam UMNO. Dia juga ramai peminat, pengikut dan penyokong dalam PAS. Nuar juga kena fikir, kenapa baru-baru ini ramai orang veteran UMNO nak tubuhkan sayap veteran dalam UMNO. Nuar kenalah membaca kilat dalam kilau. Kalau dia betul-betul bijak, golongan veteran ini juga mungkin ikut Nuar. Sebab tu, Nuar kena fikir panjang-panjang. Jangan gunakan Keadilan untuk pikat orang UMNO. Jangan gunakan Keadilan untuk pikat orang PAS. Lebih baik dia buat parti baru. Kalau kena gayanya, tentu menderu orang UMNO, orang PAS dan orang Keadilan masuk parti itu.”
Bagaimanapun, tokoh veteran ini berkata:
“Nuar hanya boleh balik kepada UMNO kalau sesuatu yang ajaib betul-betul berlaku di dalam UMNO.” Tokoh itu enggan menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan”sesuatu yang ajaib” itu. Katanya, semua orang kena tunggu dan lihat. Semua orang kena sabar kerana “UMNO kan parti keramat!” Kepada Yang Empunya Cerita, adalah ajaib kalau, umpamanyalah Tun Mahathir berbaik-baik semula dengan Saudara, seperti Tun Mahathir dengan Ku Li. Juga ajaib kalau PAS bubar, Keadilan bubar dan semua orang masuk UMNO!! Hiss. Dalam politik ni, macam-macam ada!! Macam-macam boleh terjadi!! Termasuklah kejadian yang ajaib!!!
Itulah pesanan seorang veteran UMNO buat Saudara. Ingat Saudara. Katanya,
“kalau kena gayanya, tentu menderu orang UMNO dan orang PAS ikut Saudara.”
Jadi, kenalah Saudara fikirkan “gayanya” yang dimaksudkan oleh tokoh veteran UMNO ini.

Hiss. Beruntung betul Saudara. Tokoh veteran UMNO pun sudi bagi nasihat secara sukarela kepada Saudara. Jadi Saudara kenalah bijaksana. Saudara kenalah ingat kepada sahabat-sahabat dan tokoh-tokoh lama. Jemput mereka, temui mereka, ziarahi mereka. Jangan buat secara berdentam-dentum. Buat senyap-senyap. Kata orang tua-tua, diam-diam ubi, menjadi. Tetapi, jangan macam ayam, bertelur sebiji, riuhnya sekampung.

Yang Empunya Cerita harap, sangat-sangat berharap, Saudara dalamilah mesej khas ini kepada Saudara. Yang Empunya Cerita terpaksa buat begini kerana inilah permintaan daripada sahabat-sahabat Saudara dan beberapa tokoh veteran UMNO. Percayalah. Semua mereka ikhlas mahu melihat Saudara bersemayam di takhta kepimpinan Negara sebagai seorang manusia yang hebat, handal, perkasa, berwibawa, serta mewarisi sifat-sifat siddiq, amanah, tablig, fatonah. Mudah-mudahan Saudara menerima restu dan perkenan Illahi untuk memimpin agama, bangsa dan Negara tercinta ini!

Yang Empunya Cerita minta maaf kerana berceloteh panjang kepada Saudara kali ini. Juga minta maaf kerana tiada lagi Gurindam Duabelas yang boleh dipinjam untuk mengunci mesej tahun baru ini. Bagaimanapun, mulai 2005 ini, Insya Allah, Yang Empunya Cerita akan menutup setiap tulisan di lamanweb ini dengan Gurindam Hang Nadim. Buat permulaannya, kaji dan renungkanlah Gurindam Pemimpin, satu gurindam moden, yang direka khas untuk Saudara Anwar Ibrahim kali ini, seperti berikut:


Pemimpin berani
berjiwa murni

Pemimpin ikhlas
berjiwa tuntas

Pemimpin nasionalis
berjiwa humanis

Pemimpin mulia
Tebal ilmu, kukuh agama

Oleh itu, Saudara Anwar, jadikanlah diri Saudara pemimpin yang berani dan berjiwa murni, pemimpin yang ikhlas dan berjiwa tuntas, pemimpin nasionalis yang berjiwa humanis, serta pemimpin mulia yang sentiasa menghargai ilmu dan mengamalkan perintah agama. Seluruh anggota dan jemaah perjuangan Saudara - sesiapa sahaja - baik Ezam, baik KAM, baik Dr. Cot, baik KJ, baik Idrus juga mestilah diterapkan dengan ciri-ciri keberanian kerana benar, kemurnian jiwa, keikhlasan niat, sifat yang tuntas dan berhati-hati, nasionalistik bukannya individualistik atau materialistik dan sentiasa menghargai dan menghayati ilmu dan mengamalkan ajaran agama sepanjang masa.

HANG NADIM - 05.01.2005  (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

 
Apakah BA Belum Layak Memerintah Malaysia?
04.04.04 (5:33 am)   [edit]
[i]Oleh Khalid[/i]
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Kemerosotan Jumlah Kerusi BA

Para reformis sekalian! Sudah banyak kita baca ulasan dan pandangan yang dikemukakan berkaitan sebab-sebab terjadinya kemerosotan jumlah kerusi BA di Parlimen juga di DUN-DUN seluruh Malaysia. Jangan ada sesiapa di sana yang menafikan ianya Taqdir Allah.

Izinkan saya sebutkan sedikit perkara yang saya rasa belum disentuh oleh orang lain. Saya sudah merasa hairan sejak sebelum pilihan raya dengan sikap kita (di tempat saya) yang terlalu yakin dengan arus 99. Di Terengganu ada unsur-unsur sibuk menguruskan harta ghonimah yang menyebabkan tidak ramai yang istiqomah dengan usrah.

Apabila telah dimaklumkan (sebelum pilihan raya) terdapatnya lebih 6 ribu nama pengundi muda yang tidak dikenali (dari pantai barat) di satu DUN di Terengganu, kita hanya diberitahu Kita Telah Tahu perkara itu oleh pimpinan tertentu. Tetapi apakah tindakan yang telah diambil untuk menangani perkara ini? Itu baru satu DUN, entahlah di DUN-DUN yang lain.

Sesetengah pimpinan seolah-olah tidak percaya Faktor DSAI memberi saham yang agak besar kepada kemenangan BA di Terengganu. Orang UMNO dan Golongan Atas Pagar yang cuba-cuba memberi undi kepada BA diabaikan dan diketepikan. Tidak sedikit kalangan mereka yang menghadapi suasana Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Keciciran disebabkan BN tidak lagi memerintah Terengganu 2000-2004. Malah lebih parah lagi mereka kekal diragui dan mendapat pelbagai gelaran yang tidak disenangi. Nah! apakah mereka sanggup undi BA lagi?

Usah kata nak tarbiyyah pengundi BA dari kalangan UMNO dan Golongan Atas Pagar, kalangan JSR pun tidak ramai yang mengikuti usrah sedangkan sepatutnya ia diwajibkan kepada semua.

Memulau Pilihan Raya

Tidak sedikit suara-suara yang mengajak supaya pilihan raya dipulaukan. Juga ada tulisan yang mengajak supaya melakukan pendekatan yang lain untuk mendapatkan kuasa? Saudara Reformis sekalian. Marilah kita bermuhasabah untuk apakah perjuangan kita ini. Apakah maksud perjuangan kita seperti Orang BN mendapatkan kuasa seterusnya memperkayakan diri dan kroni?

Seandainya kita diberikan kuasa oleh Allah nescaya wajiblah kepada kita mendaulatkan Islam di dalam pemerintahan dan tanah air tercinta ini. Ketika itu nilai-nilai keadilan sejagat akan dirasai oleh penduduk bumi bertuah ini. Setiap yang berhak akan mendapat haknya insyaallah.

Seandainya kepimpinan telah memutuskan kita tidak menyertai pilihan raya, sama-samalah kita akur dengannya. Pilihan raya dan parti politik bukanlah segala-galanya. Keduanya hanya merupakan wadah untuk kita memperjuangkan apa yang diperintahkan Tuhan kepada kita.

Tetapi awas saudara! Jangan kita membuat keputusan sendiri. Bukan undi BN yang berkurangan sebaliknya undi BAlah yang akan merosot oleh sebab keputusan sendiri-sendiri itu. Ingatlah Tok Guru Nik Abdul Aziz masih lagi Menteri Besar pada hari ini dengan kelebihan undi yang tidak besar di beberapa DUN.

Islam Pasti Akan Memerintah

Saudara-saudari Para Reformis sekalian! Apabila kita membaca hadis-hadis nabi nescaya pasti kita akan yakin dengan jaminan Rasulullah ini. Tetapi kita tidak tahu bila ia akan berlaku. Sama ada lambat atau cepat. Kita juga tidak tahu apakah perkara ini akan berlaku dengan gabungan BA sekarang atau dengan cara yang lain (hanya Allah saja yang tahu). Kita tidak akan dipersoalkan tentang itu. Kita akan ditanya apa yang kita usahakan ke arah itu.

Jangan dok kalut. Kan kita semua dah tahu UMNO tu parti yang sedang mereput. Tetapi kita belum tahu berapa lama proses pereputan itu berlaku. Seandainya kita dapat istiqomah, tiba masa UMNO dah hancur maka BA lah yang akan memerintah pada ketika itu. Janganlah kita yang reput dulu.

Berkoyak Dalam Cawan

Selain faktor-faktor yang telah disebutkan oleh para penganalisis, saya melihat tindak-tanduk orang-orang muda dalam keadilan menjelang pilihan raya juga menimbulkan banyak keraguan dan syak wasangka di hati para pengundi terhadap BA. Belum dapat kuasa dah berkelahi apa akan jadi setelah mereka dapat kuasa?

Patutnya lihatlah permasalahan dalaman dengan cermat dan teliti. Cukuplah berkocak dalam cawan, jangan sampai tumpah keluar. Apa yang berlaku, habis yang ada kat dalam kain diselakkan. Kalau payah sangat cantaslah awal-awal yang mana perlu. Jangan dok biar merebak barah yang ada sorang dua tu.

Adakah apabila dah dapat kuasa kita akan buat sama macam BN dah buat? Sudah tentu tidak. Oleh sebab itu marilah kita muhasabah setiap diri kita. Sama-samalah kita islah diri kita sebelum dapat kuasa untuk islah orang lain. Jangan nanti bila BA dah dapat kuasa ada kalangan kita tercicir dan terpaksa dicantas kerana tidak layak untuk menerima amanah dari Allah. Oleh itu marilah kita mengkaji pra-syarat yang perlu dimiliki oleh kita semua.

Percayalah saudara, sebenarnya kita belum layak. Itulah sebabnya Allah belum izinkan kita memerintah Malaysia. Marilah kita mempersiapkan diri untuk menerima amanah ini.

Sekian. Terima kasih.

ALLAHU AKBAR! WALILAHIL HAMD

- Khalid
 
MGG Pillai: Paklah Hanyut Dalam Kelompongan Politik
04.03.04 (8:29 am)   [edit]
Pilihan Raya Umum sudah pun tamat. Kabinet baru sudah pun ditabalkan. Pemimpin masa kini yang mengemudikan kemenangan Barisan Nasional (BN) ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau diberikan sanjungan yang tinggi mengikut budaya yang amat difahami oleh rakyat Malaysia. Hanya beliau sahaja yang bertanggungjawab memusnahkan puak Pembangkang. Seperti yang anda faham, BN kini menguasai 90 peratus kerusi Parlimen, daripada 219 kerusi yang ditandingkan. Suasana bulan madu masih diraikan. Apa juga yang keluar daripada mulutnya menjadi kata pojok dalam akhbar perdana Malaysia. Cuma sayang dia kerap menuturkan kata-kata hambar yang tidak membawa makna besar, tanpa pandai menunjukkan apa yang benar-benar mampu dipaparkannya. Kalau perangai ini berlanjutan, kata-kata itu akan menempelak, berpaling menepek ke atas mukanya juga. Beliau telah berjanji memutuskan budaya lama dan itulah yang sekurang-kurangnya harapan yang disandarkan oleh rakyat Malaysia ke atasnya sebagai seorang Perdana Menteri baru. Namun, apa yang telah ditunjukkan, ialah keengganan merobah status lama. Kalaulah kabinet Tun Kepala Taik Mahathir yang diwarisinya itu memang tidak berguna, tentu sekali kabinet Paklah lebih daripada itu gelagatnya. Apa yang dilakukannya ialah menambahkan lagi beberapa lelaki dan wanita yang diketahui taat dan setia kepadanya secara mewujudkan lebih banyak kementerian untuk menyesuaikan kemasukan mereka. Kabinet baru itu mengandungi 33 orang Menteri, 38 Timbalan Menteri dan 22 Setiausaha Parlimen, menjadikan jumlahnya kepada 93 manusia. Dengan lain perkataan setiap seorang lagi MP BN ialah anggota kerajaan beliau. Mereka pasti akan berantakan sesama mereka, kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.

Paklah telah membeli kesetiaan dengan pelantikan menganggotai kabinet dan pentadbiran kerajaan. Beliau sedar kesetiaan itu bukan sesuatu yang lama. Tetapi, kemenangan besar yang diperoleh sudah pasti memberikan hak dan ruang untuk berbuat sesuka hatinya. Daripada satu segi, inilah yang mengaburkan wawasannya kepada bahaya yang menunggu di mana-mana. Liputan gila-gila arus perdana The New Straits Times melaporkan, betapa dia dan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, akan menang jawatan mereka dalam pemilihan UMNO nanti tanpa bertanding. Ini mungkin merupakan perkara yang benar, tetapi kata orang sedangkan lidah lagi tergigit. Para pemimpin BN yang begitu mabuk dengan kemenangan pilihan raya telah sengaja menjadi angkuh dengan kepercayaan bahawa tidak ada sesiapa yang berani mencabar mereka. Namun, seperti yang pernah dialami oleh para pemimpin UMNO, kemenangan besar seperti ini menjadikan mereka bongkak dan mudah memperlekehkan akar umbi. Mereka menjadi taksub dengan kegagahan sendiri, tanpa mahu mendengar alasan orang lain, dan akhirnya akan sedar apabila akar umbi sendiri tidak mahukan mereka lagi.

Perpecahan sudah semakin ketara di kalangan rakan gagasan BN. Presiden MCA, Dato Ong Ka Ting, sedang dihenyak oleh pemimpin-pemimpin negeri tentang cara mengagihkan habuan politiknya. Ini menjadi pertanda betapa masih ada keresahan dalam parti yang tetap menyenakkan. Adalah satu kesilapan untuk membuat andaian betapa keretakan itu adalah disebabkan unsur ketokohan. Tetapi keretakan itu banyak berkisar mengenai cara MCA bernafas dalam satu suasana yang baru dan pergolakan politik yang sungguh mencabar: Apakah MCA akan terus menjadi budak suruhan UMNO sehingga mencemarkan masyarakatnya ataupun ia harus berubah menjadi suara masyarakat Cina di mana para pemimpinnya sanggup menolak kerakusan diri untuk memimpin mereka. MIC memang terkejut dengan nasib mereka dalam pilihan raya umum itu, sehinggakan Presiden ala dewatanya, Dato Seri Samy Vellu, yakin parti itu boleh membuat perangai seperit yang dilaksanakan oleh Presiden MCA, dan mengekalkan kehormatan masyarakat yang diwakilinya. Keadaan di Sarawak dan Sabah masih tidak menentu. Walaupun BN menang besar, kecelaruan masih berlanjutan persis yang terjadi di Semenanjung. Inilah dilema yang menghantui semua rakan UMNO dalam gagasan BN.

Secara lahiriah, inilah sebabnya lebih elok kalau wujud Pembangkang yang dapat mengimbangi kuasa BN. Kali ini suasana semak dan imbang itu tidak wujud di Parlimen. Keangkuhan selama 50 tahun apabila tidak dikekang, akan mencetuskan lebih banyak masalah, tetapi ini menunjukkan puak yang terpinggir pasti akan mencabar pucuk kepimpinan lebih dahsyat lagi daripada pihak Pembangkang. Di peringkat negeri, Menteri Besar baru Terengganu, Dato Seri Idris Jusoh, telah menjanjikan syurga kepada rakyatnya sejurus menghumban PAS daripada puncak kuasa negeri itu. Tetapi ia lupa ia sudah kehilangan segala keistimewaan dalam negeri, yang pernah ditadbirnya selama 38 tahun daripada 43 tahun yang lalu. Rekod pentadbiran BN di Terengganu memang meloyakan. Mampukah ia melakukan perubahan dalam masa lima tahun? Eloklah kita tunggu dan perhatikan.

Sepatutnya Paklah sudah bertindak tegas mengecutkan kabinetnya menjadi satu kumpulan yang mampu menjalankan tugas. Dia tidak berani berbuat demikian kerana takut kecundang. Itu sebabnya dia tidak mengecutkan kabinetnya sebelum pemilihan dalam UMNO yang sepatutnya berlangsung pada bulan Jun, tetapi kini berkemungkinan diadakan bulan Ogos pula. Sepatutnya Paklah sudah mulakan terhadap parti lain dulu. Dato S. Subramaniam daripada MIC, dan Dato Chua Jui Meng merupakan sahabat karib beliau, tetapi telah beliau perlekeh dan jadikan kambing hitam. Beliau menunjukkan yang dia tidak boleh tertekan. Seandainya dia terus ditekan, beliau akan mengalah juga akhirnya. Inilah situasi yang amat berbahaya. Secara kasar, kemenangan besar BN memang memberikan kuasa besar padanya. Sebenarnya tidak. Kesannya memberikan kekuatan kepada semua panglima perang yang sememangnya taat kepada beliau tetapi mampu merobah kesetiaan seandainya mereka diabaikan. Setakat ini mereka akan berdiam diri ketika suasana ceria mewarnai sambutan seorang Perdana Menteri baru dan kemenangan barunya. Namun, panglima perang yang sama akan menonjolkan ketokohan mereka sebaik sahaja ada pertanda yang Paklah kehilangan kuasa ataupun tersilap langkahnya.

Untuk menyatakan perkara yang sepatutnya pada waktu ini boleh dianggap sebagai satu penderhakaan. Saya telah diberikan ingatan perkara ini banyak kali oleh orang-orang Paklah dan juga oleh orang luar yang mengharapkan sesuatu darinya. Akan tetapi Paklah harus sedar betapa akar umbi di kalangan masyarakat Melayu masih tertanya-tanya akan ketokohannya. Segala kata pujian masih belum mencukupi lagi. Oleh kerana tidak ada sesuatu yang baru daripada beliau, dia masih mengulang-ulang perkara basi. Beliau mahukan semua MP memiliki kad laporan merakamkan khidmat mereka kepada rakyat. Mereka yang menganggotai kerajaannya mesti menyenaraikan aset mereka setiap dua tahun, tetapi cara dia menyebut perkara ini tidak akan menjadikan perkara itu satu kenyataan. Lagipun ini tidak diamalkan semasa pemerintahan beberapa Perdana Menteri yang terdahulu. Jelas kini wujud satu kabinet yang dikitar semula dan dibesarkan keanggotaannya, diberikan tugas untuk mengendali dasar dan rencana kitaran semula, di mana seorang Perdana Menteri sentiasa curiga akan tercetusnya kebangkitan rakyat marhaen menyanggahnya.

Memang sudah ada kini seseorang yang sentiasa menjenguknya. Tetapi dia ini bukannya berseorangan. Gelagat inilah yang membuatkan Paklah, untuk sementara waktu ini, enggan mengambil risiko ataupun menyakitkan pihak lain. Kalau dia mampu mengatasinya, dia pasti akan menang dan merasa selamat. Bencananya ialah dia tidak mampu menangkis sanggahan yang datang itu. Sudah menjadi hukum alam yang tidak merelakan wujudnya kelompongan. BN memang menghadapi kewujudan satu kelompongan politik. Memang Paklah amat memahami keadaan seperti ini. Mampukah beliau menepis semua itu dengan cara membiarkan hukum alam menentukannya?

MGG Pillai - 04.04.04 - terjemahan MT/SPAT (suntingan M@RHAEN)
 
Ustazah Umno Yang Ingin Perbetulkan Akhlak Ahli Pas?
04.02.04 (4:34 am)   [edit]
Oleh Inderaloka

Pada abad 20 yang lalu, kalau tidak silap Zaleha Hussien hanya sempat menjadi Adun Salor (Umno BN) di Kelantan selama sepenggal sahaja sebelum ditolak rakyat pada pilihan raya umum 1990.

Kelantan Tolak Ustazah Umno Terima Ustazah Pas.

Sejak itu sehinggalah pilihan raya umum di abad 21 yang baru saja berlalu Ustazah Umno itu sudah tiga kali terkangkang tanpa sebarang kemenangan,dan beliau mungkin akan kempunan sehingga ke akhir hayat untuk digelar semula sebagai YB seperti yang pernah dikecapinya pada sesi DUN Kelantan 1986-90 dulu.

Nampaknya para pengundi di Kelantan telah memberi laluan kepada dua orang Ustazah dari Pas (BA) mewakili Parlimen Pasir Putih dan DUN Tanjong Mas.

Bertuahlah YB Ustazah Kalthom Othman MP Pasir Putih dan YB Ustazah Rohani Ibrahim Adun Tanjong Mas yang baru pertama kali bertanding jika dibandingkan dengan Zaleha ustazah Umno yang semakin kerepot itu.

Kedah Tolak Ustaz Pas Terima Ustazah Umno.

Di Kedah pula situasinya agak berbeza, para pengundi disalah satu kawasan Parlimen termiskin telah menobatkan seorang Ustazah Umno untuk mewakili mereka. Dia bukan nya calang-calang graduan agama lulus PhD., di bidang Pengajian Ilmu Wahyu. Amat popular di mana-mana punya ramai peminat tua dan muda.

Soalnya apakah benar hanya para pengundi tulen yang memangkah Datuk Dr Mashitah sehingga beliau mampu menewaskan Ustaz Taib Azamuddeen mantan MP Baling sesi 1999-2004? Bagaimana jika kemenangan yang bermajoritikan 4229 undi itu dihasilkan oleh hantu-hantu peliharaan Dolah Badawi Mahatemberang?

Jika demikian halalkah kemenangan yang dibantu oleh para hantu itu? Sekiranya dirujuk kepada Ilmu Wahyu yang dipelajari Mashitah nescaya kemenangannya itu haram di dunia dan akhirat,melainkan nafsu beliau berani menghalalkannya.

Apa pun Mashitah yang petah berkata-kata itu sudah tentu punya banyak dalil dan nas untuk ditakwilkan bagi menghalalkan kemenangannya itu. Kalau beliau tidak bersedia dengan nas untuk `membenarkan `dirinya masakan dia sanggup terjun bulat-bulat ke dalam Umno yang zalim lagi nasionalis sekular itu.

Bukankah para pendeta ahlul kitab (Yahudi) di zaman Rasulullah saw sangat terkenal dengan kepakaran mereka di dalam memutarbelitkan fakta (kebenaran) kerana keangkuhan yang berkematu di sanubari mereka.

Pembawaan para pendeta sesat itu tidak pernah padam sampai kiamat, hanya pelaku-pelakunya sahaja yang berbeza-beza mengikut zaman dan suasana.

Ustazah Shit Ingin Memutihkan Umno.

Ketika berkempen Ustazah Mashitah (selepas ini sebut sahaja Shit) menjelaskan kepada rakyat di Baling bahawa di antara misinya menyertai pilihan raya adalah untuk memutihkan Umno. Lantaran itu dia merayu agar dimenangkan untuk menyempurnakan misi murni tersebut.

Ertinya Ustazah Shit mengakui bahawa Umno itu memang sudah lama hitam legam. Sama seperti kes pendatang tanpa izin dan pengundi-pengundi hantu yang tak terkira banyaknya sengaja disenaraikan di dalam daftar pemilih. Kedua-duanya sudah menjalani proses pemutihan.

Kes pendatang tanpa izin walaupun belum lagi putih sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya sudah bertukar warna daripada hitam kepada kelabu. Berbeza dengan senarai pengundi-pengundi hantu sememangnya tidak pernah diputihkan walaupun Pengerusinya pernah bersumpah berdegar-degar akan bertindak mengatasinya.

Hal itu tidak pernah terlaksana kerana telah terbukti RaSHIT Pengerusi SPR sehingga saat ini merupakan Barua Terkemuka Umno BN yang patut dikutuk sehingga ke lubang kubur.

Apakah Ustazah Shit memiliki `keajaiban` untuk memutihkan Umno yang sudah lama hitam legam ibarat bontot kuali itu di dalam sekelip mata sahaja? Kalau pun dia memiliki `keajaiban` itu nescaya akan ditelan hidup-hidup oleh Umno yang sudah pun tersohor dengan seribu satu macam keajaibannya (putar belit dan penipuan) sendiri.

Akhlak Ahli Pas Pula Ingin Dipulihkannya

Hebat sungguh Ustazah Shit ini! Belum pun agenda memutihkan kelegaman Umno itu dimulakan barang sepatah ayat, tiba-tiba atau lagi agenda besar cuba ditonjolkannya.

Sebaik-baik saja menang Ustazah Shit menghebahkan kepada umum bahawa tugasan utamanya adalah untuk memulihkan akhlak ahli-ahli Pas yang dikatanya terlalu teruk.

Seteruk-teruk akhlak ahli Pas di Baling (itu pun kalau Ustazah Shit tidak berbohong) belum pula kedengaran mereka bergaduh dengan jiran semata-mata kerana salah faham tentang kawasan premis masing-masing, apatah lagi saman menyaman di mahkamah..

Ustazah Shit bukan sekadar bergaduh tetapi dirancakkan dengan `kes mahkamah` yang di publisitikan ke seluruh negara gara-gara salah faham mengamati kawasan premis dengan jiran yang sama taraf keintelektualannya. Akhlak murni apa itu?

Usahlah Ustazah Shit menyibuk-nyibukkan diri konon untuk memulihkan akhlak ahli Pas. Akhlak ahli-ahli Pas belum pun terbukti teruk jika dibandingkan dengan ahli-ahli Umno khususnya pemimpin mereka yang telah dihinggapi dengan pelbagai penyakit moral.

Siapa kaki rasuah,perogol bersiri,perosak rumah tangga orang,pembohong besar, lesbian, penolak Sunnah, penghina Nabi, penfitnah besar, memperlekehkan hukum menutup aurat dan bermacam-macam lagi kebejatan,kalau tidak Umno!

Ada lebih baiknya Ustazah Shit cuba-cuba dahulu memeriksa akhlak Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Khir Toyo, Aziz Shamsuddin, Azalina Othman termasuk RaSHIT Barua dan ribuan musibat lagi sebelum bertemu dengan ahli-ahli Pas (BA) di Baling.

Yang pasti selepas ini,tanpa mengira sama ada dia mengenakan tudung merah baju putih berkain merah (uniform Wanita Umno) atau memakai uniform serba pink (Puteri Umno) sudah pasti Ustazah Shit ini akan bercabang lidahnya,kerana percabangan lidah itu adalah rukun utama untuk mana-mana pembesar Umno mendapat tempat di dalam parti dan kerajaan di samping terus mempesona (membangangkan) rakyat..

Inderaloka .
[LINE]
 
Pilihan Raya Umum 2004 : Satu Suratan Ataupun Sekadar Satu Kebetulan?
04.02.04 (4:32 am)   [edit]
Oleh Cucu Mat Kilai

Assalamualaikum WBT Dan Salam Perjuangan!

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-11, telah pun kita ketahui. Walaupun banyak benda yang tersirat di sebalik keputusan tersebut, namun yang tersurat sudah kita saksikan di hadapan mata kita. Segalanya tidak perlu dihuraikan lagi, walaupun kita merasakan keputusan pilihan raya ini tidak sah dari segi undang-undang .. Tapi apalah gunanya kita berpegang lagi kepada undang-undang, kerana undang-undang di negara kita ini sudah lama tercemar oleh pemerintah yang rakus dan zalim. Justeru itu apalah gunanya untuk kita menuding jari menyalahkan serta mengeluarkan bukti demi bukti penyelewengan pilihan raya sedangkan kita sudah tau akan akibat dan tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan.

Seyogia diingatkan setakat yang Cucu tahu, dulu kini dan selamanya... Pilihan raya Umum ke-11 baru-baru ini adalah satu pilihan raya yang paling kotor dan menjijikkan pernah terjadi di negara kita. Pihak yang dipertanggungjawab untuk mengadili pilihan raya iaitu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) jelas sekali secara terang-terangan telah cuba bersekongkol dengan parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional. Apa yang amat menyedihkan cubaan SPR ini sememangnya satu pengkhianat yang besar kepada rakyat marhaen yang dipertanggungjawab untuk memilih sebuah kerajaan yang adil dan telus, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak puak-puak tertentu yang tidak mahu kehilangan kuasa dan ingin terus mempertahankan hak mereka. Bahkan, kejelikan SPR ini bukan sahaja dipertikaikan oleh pihak pembangkang ... ianya juga turut dipertikaikan oleh kerajaan yang memerintah.. Tapi mungkinkah ini hanya sandiwara semata-mata, apakah SPR berani berbuat sesuatu tanpa arahan daripada kerajaan yang memerintah? Sedangkan pemilihan pengerusi SPR dan gaji kakitangan SPR dibayar oleh kerajaan? Sama-sama kita fikirkan akan hal ini.. Kalaulah perkara ini tidak berjaya kita atasi, maka Cucu melihat harapan untuk melihat satu pilihan raya yang bebas dari penipuan dan penyelewengan nampaknya kian hari kian pudar..dan akan terus punah untuk selamanya.. Dan apakah parti pembangkang yang ada pada hari ini seperti PAS, Keadilan, PKR dan DAP..akan terus menjadi pembangkang hari ini, esok dan selama-lamanya !!!

Inilah satu perkara yang amat menyedihkan, dan perlu diambil iktibar oleh sekalian rakyat . Bagi Cucu, apa pun keputusan yang dibuat oleh SPR , semua itu adalah satu perancangan jahat dan "Konspirasi" peringkat tertinggi yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah serta mengaibkan pihak pembangkang. Dengan kekalahan TKO yang kita lihat baru-baru ini, seolah-olah pemimpin pembangkang yang terdiri dari kalangan golongan ulama yang benar-benar ULAMAK dan bukan "Ular dalam Semak" sudah tidak diterima oleh rakyat. Kononnya langkah memperalatkan agama yang dilabelkan kepada PAS telah memakan diri sendiri. Inilah sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh kerajaan sebenarnya, dan golongan ulama yang menyokong mereka dianggap sebagai ulama sebenar dan ulama tulen, yang harus diterima oleh sekalian rakyat jelata.

Bagi Cucu, kekalahan Prof. Dato' Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus, Dato' Dr. Hassan Ali, Ustaz Badrul Amin, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta ramai lagi tokoh-tokoh ulama " FORUM PERDANA RTM" amatlah mendukacitakan. Semua tokoh ini, yang dulunya tidak terbabit secara langsung dengan politik... tapi akhirnya setelah timbulnya isu "ulama demand bayaran" kemudiannya timbul pula "ulama digam"...lantaran itu mereka-mereka ini terpaksa mencari satu wadah perjuangan yang bertujuan untuk memberikan ilmu serta menunjuk jalan kebenaran kepada seluruh umat Islam di negara ini, dan wadahnya pastilah perjuangan politik kerana di situ ada kuasa , yang boleh digunakan untuk menggubal undang-undang.. maka sepatutnya ulama inilah yang perlu disokong dan diberi kepercayaan untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat.. tetapi apa yang berlaku sebalik !! Benarlah kata sesetengah pihak bahawa..kekalahan besar pihak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-11 baru ini, adalah satu perancangan jahat yang dibuat untuk menyekat kebangkitan ISLAM di Malaysia ini. SPR adalah satu alat yang menjadi perkakas bagi mereka ini untuk melaksanakan rancangan jahat tersebut. Maka usahlah kita gusar lagi... kerana selepas ini..banyak lagi agenda jahat yang akan dilakukan bertujuan untuk menjatuhkan ISLAM di negara kita ini.

Berbalik kepada persoalan pilihan raya, segala keputusan yang diterima baru-baru ini haruslah kita terima walau" Berat mata memandang ..berat lagi bahu memikul". Apa yang dapat kita lakukan? Menghantar memorandum kepada SUHAKAM? Mencabar keputusan di mahkamah? Membuat laporan polis terhadap terjumpanya banyak kertas undi yang meragui? Mengeluarkan petisyen untuk membatalkan sesuatu keputusan? Dan banyak lagi perkara yang terfikir untuk kita lakukan sebenarnya.. Persoalannya pada siapa harus kita mengadu? Pada Polis, SUHAKAM, SPR, BPR dan siapa lagi...Bukankah kita sendiri tahu bahawa semua badan-badan ini tidak dapat berbuat apa-apa kerana mulut dan telinga mereka dikawal oleh pihak pemerintah. Lantaran itu, bukankah apa yang diambil sebenarnya, jelas tidak akan memihak kepada kita? Selagi badan-badan ini tidak berlaku adil dan telus, maka selagi itulah keadilan tidak akan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Moral yang boleh Cucu berikan terhadap segala yang berlaku ini ialah supaya pihak pembangkang lebih berhati-hati dan melakukan persiapan awal untuk mengatasi kesilapan sebenarnya. Kekalahan besar dalam pilihan raya umum lalu sememangnya sudah dijangka lebih awal oleh kebanyakan pemimpin pembangkang terutamanya DAP ... tetapi mengapa tidak PAS dan Keadilan? Kenapa dalam keadaan PAS dan Keadilan kehilangan banyak kerusi, DAP pula berjaya menambah kerusi-kerusi mereka di DUN dan Parlimen. Apakah strategi yang mereka lakukan. Bahkan 2 pemimpin kanan mereka seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya memenangi kerusi yang mereka tandingi, sedangkan mereka telah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-10 tahun 1999 dulu. Logikkah orang yang tidak menjadi ahli parlimen dan DUN tiba-tiba menang? Apa yang mereka lakukan? Lihat apa yang berlaku kepada Lim Kit Siang... dari Pulau Pinang beliau berhijrah ke Perak dan bertanding di Parlimen Ipoh Timur..tetapi akhirnya beliau menang.

Apa yang berlaku kepada ahli Parlimen PAS dan Keadilan sedia ada sebenarnya? Risik punya risik , Cucu dapat mencari sedikit rahsia kekalahan besar BA dalam pilihan raya umum yang lalu. Maafkan Cucu.. Kiranya pandangan yang Cucu berikan ini agak keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak...

Sebenarnya kita jelas sudah tahu perancangan jahat SPR ini sejak dari awal lagi, bermula dengan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang jelas memihak kepada BN, negeri-negeri yang menjadi kubu kuat BN diberikan penambahan kerusi baru yang banyak ..sedangkan negeri-negeri yang mungkin berpihak kepada BA tiada penambahan ataupun kuantitinya jauh berbeza dari yang sepatutnya jika dibandingkan dengan statistik kepadatan penduduk dan pengundi di negeri terbabit.

Apa yang dilakukan oleh pihak BA..Kalau PAS , mungkin ada desakan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi terhadap SPR.. Bagaimana dengan Keadilan...desakan juga turut dibuat... Tetapi apakah cukup sekadar desakan dan memorandum untuk SPR..Sedangkan dari awal kita sudah tahu SPR akan bersekongkol dengan BN ... Akhirnya keputusan tersebut tidak dicabar di mahkamah..dan ianya dibentangkan di parlimen dan diluluskan... Sepatutnya dari awal lagi kita sudah mengadakan pungutan suara rakyat dan berhimpun di hadapan pejabat SUHAKAM mendesak agar persempadanan semula dibatalkan.. Inilah yang berlaku yang akhirnya memakan diri kita semula.

Bila persempadanan baru berlaku, apa yang dibuat oleh pihak pembangkang? Tubuhkan jawatankuasa penaja bahagian baru..berserta dengan ahli jawtankuasa.. tetapi Cucu melihat kelemahan yang timbul ialah... tidak dibuat pemantau tentang ahli baru...ini berlaku kepada Keadilan... Kempen keahlian tidak pernah diadakan secara menyeluruh.. Masing-masing mengharapkan statistik semata-mata..misalnya statistik pengundi baru 80% sokong BA, Statistik kakitangan kerajaan 80% sokong BA, statistik rakyat termiskin, nelayan, petani , graduan menganggur 80% sokong BA... Statistik inilah yang akhirnya memakan diri sendiri dalam pilihan raya umum yang lalu !!

AJK Bahagian, lebih banyak berbicara dan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan agenda parti, sedangkan kempen keahlian tidak dilakukan. Bahkan .. Cucu pernah bertanya kepada beberapa orang Ketua Bahagian Parti Keadilan Nasional di Pahang ini.... tentang jumlah ahli keahlian yang aktif di bahagian terbabit...selepas pilihan raya umum ke-10... Ketua Bahagian pun sendiri tidak mengetahui..dan hanya memberi anggaran.. Macam mana harus tahu..sedangkan pendaftaran ahli baru serta ahli lama tidak dibuat.. Parti Keadilan Nasional sendiri tidak mempunyai data yang lengkap tentang ahli-ahli mereka yang berdaftar di seluruh negara sebenarnya... Kalau kita tidak percaya cuba kita semak nombor keahlian kita di ibu pejabat Keadilan, dengan memberikan butir-butir seperti nama, KP dan alamat...rasanya daftar tersebut langsung tidak di up-datekan di ibu pejabat.. Buktinya, ramai ahli lama yang hairan, Parti Keadilan Nasional tidak pernah menghantar surat kepada ahli-ahlinya tentang maklumat terkini, yuran tahunan dan sebagainya..Ini berbeza dengan UMNO... Perkara yang remeh-temeh beginilah yang menyebabkan Keadilan akhirnya terperangkap dengan keputusan pilihan raya umum ..yang mana hanya Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh.. Sedar tak sedar..inilah yang berlaku... Sepatutnya setelah memenangi banyak kerusi pada tahun 1999, 4 tahun masa diambil untuk memantau perkara ini, tetapi banyak masa dihabiskan untuk ceramah dan berbicara soal isu semasa, sedangkan kempen keahlian tidak diadakan langsung di sesetengah kawasan.

Manakala, satu lagi isu besar yang memang sudah kita jangkakan dan saksikan sendiri di depan mata kita ialah strategi UMNO untuk menarik pengundi muda... Maka mereka menubuhkan "Puteri UMNO", khabarnya hingga ke saat ini ahlinya sudah melebihi 300 ribu orang. Puteri UMNO inilah yang banyak membantu Barisan Nasional ketika pilihan raya ... mereka berjaya menarik perhatian pengundi muda untuk menyokong BN ketika pilihan raya. Dengan menampilkan puteri-puteri yang berperwatakan menarik, ianya dilihat sebagai satu aset untuk menarik golongan muda menyertai UMNO di seluruh negara. Kempen yang dilakukan oleh Puteri UMNO juga amat berkesan..dan dijalankan dari masa ke semasa selepas pilihan raya Umum 1999 lalu.. Kenapa puteri UMNO ditubuhkan? Ini kerana BN melihat golongan muda banyak menyokong BA dalam pilihan raya ketika itu, dan daftar pemilih yang melibat kan hampir 800 ribu golongan muda akan mengundi pada pilihan raya umum 2004 menyebabkan mereka mengatur strategi bagi memikat golongan muda terbabit.. Akhirnya mereka berjaya lakukan.

Bagaimana dengan BA..Kalau dalam PAS...secara logik nya memang ramai golongan muda terutamanya yang cintakan agama akan menyokong perjuangan PAS..cuma tidak ditubuhkan Puteri PAS..Tetapi bagaimana keadaannya dengan Keadilan.....Apa yang dilakukan untuk menarik golongan muda ini... Sedangkan ketika gerakan reformasi berlaku..Keadilan ada seorang PUTERI yang dikenali PUTERI REFORMASI iaitu Sdri Nurul Izzah Anwar, anak sulong mantan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi pernahkah diadakan kempen untuk mendapatkan ahli muda yang ramai bagi menyertai Nurul Izzah yang digelar Puteri Reformasi itu? Inilah kelemahan yang harus kita akui.. Keadilan gagal bertindak untuk mencari jalan mengatasi masalah sebenarnya... Kalau ditanya kepada pemimpin Keadilan , berapa banyak cawangan keadilan yang ditubuhkan dalam bahagian parlimen mereka sepanjang 4 tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-10 ( 1999 ) lalu? Cawangan baru tidak ditubuhkan, yang ada dan yang berjuang hari ini ialah muka-muka lama yang sama pada tahun 1999 dulu..Bagaimana harus keadilan mencapai kemenangan..atas dasar mengharapkan sokongan orang-orang PAS dan pengundi atas pagar semata-mata !!!

Apa yang berlaku dalam Pilihan raya Umum baru-baru ini, di mana kawasan Keadilan bertanding..semuanya mengharapkan jentera PAS semata-mata...Ini kerana PAS mempunyai cawangan di seluruh pelosok bahagian.. maka mudahlah dibina pondok UPU di kawasan terbabit.. Bayangkan andainya Keadilan dan PAS tidak lagi berada dalam BA..Cucu rasa Keadilan tidak akan mempunyai harapan langsung untuk menang dalam pilihan raya sebenarnya.. Ambillah iktibar daripada risikan Cucu ini, demi kebaikan bersama..

Apa pun keadaannya keputusan sudah kita terima, apa yang kita akan kata kepada SPR pun sudah tidak berguna lagi. Anggaplah kekalahan ini sebagai satu peluang untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada. Gunakanlah masa yang ada dalam tempoh 5 tahun akan datang, untuk kita melaksanakan program dakwah dan mendekati rakyat jelata. Apa yang penting gerakkan aktiviti, lakukan tugas, tubuhkan cawangan baru, dampingi masyarakat dan jangan banyak berkata-kata tanpa melaksanakannya... Mampukah kita untuk menjadi pembangkang sepanjang zaman... Takdir penentu segalanya... Setiap kekalahan pasti ada hikmahnya..mungkinkah kemenangan sudah terlalu hampir
di hadapan mata... Pilihan raya Umum 2004...Apakah ianya satu suratan buat kita bagi meneruskan perjuangan..ataupun hanya sekadar satu kebetulan yang perlu kita fikirkan? Tepuk dada tanya iman...

P/S .. Setiap Perjuangan Itu Lebih Indah Dengan Pengorbanan Dan Kekalahan Demi Kekalahan.. Apalah Guna Kemenangan Andai Kemenangan Itu Bukan Datang Dari Kebenaran , Kekalahan Itu Adalah Penyubur Kejayaan Dan Kemenangan Yang Lebih Besar Sebenarnya !!

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cmk_pahang@yahoo.com
 
Bahan 20 Mac 2004
03.20.04 (9:12 am)   [edit]
MestiPAS:
Barisan Nasional Salahguna Harta Awam Untuk Berkempen
(Gambar)

HarakahDaily: Amanat Anwar Ibrahim Untuk Pengundi Seluruh Negara

HarakahDaily: Mashitah: Di mana amal maarof nahi mungkar?

HarakahDaily: Petugas BA Kulim Berjaya Patahkan Cubaan Larikan Peti Undi

Meli: Politik PAS [BA] V Umno [BN] Siri 8 (Jangan Silap Pilih Pemimpin)

Meli: Politik PAS [BA] V Umno [BN] Siri 7 (Hendak Kekalkan Kerajaan Autokrasi?)

Dr.
Putera Jebat: Hudud: Jawaban Untuk Dr Ismail Ibrahim Dan Rakan-Rakan


Suara Rakyat Malaysia: Pesanan Untuk Pengundi

Meli: Politik PAS [BA] V Umno [BN] Siri 6 (Nafsu Pemimpin UMNO)

Pemuda Kampung: Ceramah President PAS di Besut

TAG 1558 MGGP: SPR Sebagai Khadam Sahaya BN Untuk Kecewakan Pembangkang

Ali Allah Ditta: Undilah PAS atau KeADILan

Meli: Politik PAS [BA] V Umno [BN] Siri 5 (Siapa Dia Dr. Ismail Ibrahim?)

Meli: Politik PAS [BA] V Umno [BN] Siri 4 (Sorot Kembali Era Mahathir)

Insan Berguna: Titiwangsa 2: Jentera UMNO Bukan Sahaja Diboikot Malah Disabotaj

Insan Berguna: Titiwangsa 1: Drs Suleiman Dendam, Jentera UMNO Berpecah

TAG 1557 MGGP: Jatuh Bangun Ke arah Kemenangan Majoriti Dua Pertiga

Mat Sepai: PAS Akan Tambah Majoriti Kemenangan di KADUN Permatang Pasir

Mat Sepai: Azmin Cabar Pirdaus Berdebat Di Permatang Pauh

Anak Jati Segamat: Satu Tamparan Buat Umno/BN Johor

UMNOPutera Ori: Inikah Pemimpin Melayu Yang Kita Pilih?

UMNOPutera Ori: Sumbang Mahram: Calon BN Bukit Melawati Menangis

UMNOPutera Ori: Siapa Amiruddin Sutero Calon DUN Jeram?

Nota Ringkas Daripada Pembaca
 
UNDILAH PAS ATAU KEADILAN
03.19.04 (10:47 pm)   [edit]
Hari Ahad ini rakyat Malaysia akan mengundi bagi memilih sebuah kerajaan baru untuk 5 tahun akan datang. Dari laporan-laporan media massa,
sama surat khabar atau radio dan tv, nampaknya parti BN akan sapu bersih, memperolehi majoriti 2/3 dengan mudah. Menurut laporan media ini, kali ini tidak ada isu yang hendak diketengahkan oleh pembangkang. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan dakyah ini kerana dalam diam-diam pembangkang telah menimbulkan ratusan isu yang menyebabkan BN terpaksa menangkisnya dengan pelbagai cara.

Kita perlu ingat bahawa pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.Kalau BN menang, BN bertanggungjawab untuk membawa pembangunan seperti yang dijanjikan. Jika BA menang maka BA akan bertanggungjawab terhadap pembangunan. Jangan dengar dakyah BN kononnya kalau BA menang akan berlaku huru-hara.

Huru-hara yang diwar-warkan itu adalah imaginasi parti BN kerana tidak mahu terima hakikat bahawa mereka telah tewas.

Dari tinjauan saya di beberapa kawasan pilihan raya,saya dimaklumkan ada pengundi2 yang nama mereka tidak terdapat dalam daftar pemilih,ada pula
yang mengadu namanya telah dipindah ke kawasan parlimen lain secara tiba2 dan ada pula yang namanya dipindah ke negeri lain. Ada seorang pengundi yang ditemui mengadu namanya telah ditukarkan ke Endau,Johor walaupun beliau tidak pernah menjijak kakinya di Johor. Saya syak bahawa perbuatan memindah nama calon ke negeri lain adalah perbuatan BN/UMNO dengan kerjasama SPR, kerana orang-orang yang terlibat ini adalah penyokong totok PAS atau Keadilan. Malang sekali, orang-orang yang
terlibat ini tidak dapat mengundi kali ini.

Dari segi perang poster,jelas bahawa BN menang dengan mudah sekali. BN sebuah parti yang kaya raya dan boleh berbelanja besar untuk menghasilkan poster-poster yang berbagai-bagai. Sebaliknya,masih ada calon-calon BA,yang poster mereka masih tidak kelihatan,walaupun hari mengundi sudah hampir. Perbelanjaan besar terhadap penghasilan poster telah melebihi had perbelanjaan seorang calon dalam pilihanraya,tetapi SPR diam saja seolah-olah SPR merestui amalan BN ini.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi,kerana mengundi adalah tanggungjawab kita semua. Kad Pengenalan, jangan lupa bawa dan jangan serahkan kepada sesiapa,walaupun ada yang meminta,kononnya mereka hendak semak status kita. Tanpa Kad Pengenalan kita tidak boleh menggundi. Undi kita adalah sulit dan jangan terpengaruh dengan ugutan juak-juak UMNO,MCA atau MIC yang berkeliaran. Naiklah kereta-kereta yang tersedia untuk angkut pengundi ke pusat mengundi tidak kira dari parti mana. Jika dalam kereta pemandunya suruh saudara/ri memangkah kati(BN), hanggok atau kata ya saja dan tidak perlu bertengkar. Kalau dalam kereta mereka beri wang ringgit supaya undi parti BN,ambil dan ucapkan terima kasih.Tetapi bila semasa mengundi,pangkahlah sama ada PAS atau Keadilan yang bertanding di tempat saudara/ri. Di tempat di mana tiada calon PAS atau Keadilan bertanding, pangkah calon DAP dan jangan sekali-kali pilih BN.

Selamat mengundi dan jangan lupa untuk memilih parti PAS atau Keadilan. Mudahan-mudahan berkat sokongan saudara/ri pakatan PAS dan Keadilan dapat menawan
beberapa buah negeri serta menambah kerusi Parlimen serta mengagalkan hasrat BN memperolehi majoriti 2/3.

ALI ALLAH DITTA - 20.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
 
Surat Terbuka Untuk Datuk Dr Ismail Ibrahim
03.18.04 (10:10 am)   [edit]
Akhirnya Datuk Dr menjadi orang penting dan tumpuan pada saat menjelangnya pilihan raya. Tahniah atas keberanian Datuk Dr mengatakan salah terhadap orang yang mencerca atau menghina peribadi seseorang tokoh politik semata-mata untuk menjatuhkannya dalam pilihan raya ini. Sebagai seorang ulama besar yang alim, tentulah celaan Datuk Dr terhadap pihak berkenaan kerana perbuatan pihak tersebut adalah salah dan berdosa besar di sisi Islam.

Sebenarnya sebahagian besar rakyat tidak menerima sahaja apa yang Datuk Dr katakan. Sekalipun TV dan akhbar harian memberi fokus terhadap wajah dan kata-kata Datuk Dr, janganlah hendaknya Datuk Dr berasa semua pihak menerima dengan terbuka. Pihak Pas dan KeADILan sedar segala kata-kata celaan Datuk Dr ditujukan kepada mereka. Mereka masih ingat bahawa Datuk Dr sebelum ini adalah salah seorang pelakon utama dalam VCD Debat Olok-Olok Umno-Pas. Oleh kerana drama debat itu diterbitkan oleh Umno, maka tentulah Datuk Dr sudah isytihar sebagai aktivis Umno. Maka Datuk Dr dikira berkempen untuk Umno-BN dengan menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa.

Kewibawaan Datuk Dr masih boleh diperbaiki jika Datuk Dr berlaku adil. Setelah Datuk Dr mencela pihak BA maka cela pula pihak BN yang begitu ganas mencerca peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang usia Datuk Dr lebih 60 tahun, siapakah manusia Melayu yang telah dimalukan peribadinya sebagaimana yang dialami oleh Datuk Seri Anwar. Datuk Dr jangan lupa bawa Dr Mahathir sebagai PM dan para pemimpin kanan negara/ Umno waktu itu tidak berlapik mendedahkan perkara aib yang belum ditentukan betul salahnya.

Datuk Dr jangan lupa, mereka termasuk mahkamah dan media telah secara terperinci dan berulang-ulang menyebut mantan TPM itu berzina dengan isteri orang. Bukan itu sahaja dalam mahkamah diusung tilam, ditunjukkan bulu kemaluan dan air mani sekali! Setelah semua diulang-ulang dan segala warga tua muda bodoh pandai dapat menghafalnya, mahkamah mendapati kisah tilam, bulu dan air mani tidak berkenaan dalam kes yang sedang dibicarakan! Tidakkah itu perbuatan mengaibkan yang sangat keji di sisi Islam. Hang Tuah, sekali pun dituduh berzina oleh Sultan Melaka dahulu, tidak pula didedahkan satu persatu babak ranjangnya sedangkan baginda Sultan menjatuhi Hang Tuah hukuman mati!

Hari ini, bermula dengan Dr Mahathir hingga budak-budak Umno tepi jalan yang memainkan fitnahnya terhadap Datuk Seri Anwar itu. Tidak ada, malah dalam internet dan cerita kedai kopi orang Umno bergelak ketawa dengan perkataan zakar masuk dubur. Semua merujuk fitnah seorang lelaki yang dahulunya telah berbakti kepada negara, malah saya yakin Datuk Dr lebih kenal peribadi Datuk Seri Anwar. Bukankah kerana politik fitnah terhadap Datuk Seri Anwar terus dijaja, dan di manakah ketangkasan Datuk Dr dalam hal ini.

Jika Datuk Dr tidak mahu berlaku adil dengan mencela perbuatan tokoh Umno terhadap Datuk Seri Anwar, adalah lebih afdal Datuk Dr berhenti daripada jawatan Pengerusi Majlis Fatwa. Keluarlah dari rumah dan berkempenlah di Permatang Pauh untuk memenangkan sahabat Datuk Dr, al Imam Pirdaus. Bawalah tilam, bulu dan contoh air mani yang pernah digunakan dalam mahkamah itu untuk dipamerkan kepada pengundi Permatang Pauh! Yakinkan sungguh-sungguh bahawa semua yang dikata oleh pemimpin BN-Umno bukan fitnah. Sekali pun fitnah, tetapi jika daripada mulut orang berlambang dacing, Allah maha pengampun, sebab orang dacing telah menjadikan Malaysia Negara Islam contoh.

Akhirnya pertanyaan yang wajib dijawab oleh Datuk Dr, tidak salahkah Allah mencerca Abu Lahab dalam al Quran dan Nabi Muhammad pula menggelar bapa saudaranya sendiri sebagai Abu Jahal (bapa kebodohan!)?

Tolong Datuk Dr, kewibawaan dan kealiman Datuk Dr sangat teruji dan masih belum terlambat memuncakkannya kembali. Jika Datuk Dr terus berwatak seperti semalam, Datuk Dr telah merendahkan diri sendiri ke taraf yang sangat hina, sebab orang tahu Datuk asalnya seorang ilmuwan.

Dr. Putera Jebat - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
 
LPM Cuai? Maklumat tambahan diperlukan
03.18.04 (10:06 am)   [edit]
Sejak beberapa hari yang lalu, akhbar-akhbar ada menyiarkan sungutan para pelajar, ibu bapa dan guru berhubung keputusan mata pelajaran Teknologi Maklumat SPM. Rata-rata mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan yang diterima para pelajar. Webmaster turut menerima beberapa emel yang menyentuh perkara yang sama.

Sehubungan itu, Laman M@RHAEN amat-amat berharap, sekiranya ada pelajar, ibu bapa ataupun guru-guru yang terlibat dengan masalah berkenaan, dapat menghubungi webmaster M@RHAEN dengan memberikan maklumat yang berkaitan seperti nama sekolah dan jumlah pelajar yang terlibat.

Kita tidak mahu isu yang sepenting ini disembunyi daripada pengetahuan umum. Namun begitu, kita juga tidak mahu ianya menjadi isu tanpa sebarang maklumat dan fakta yang kukuh. Selain itu, kami juga ingin mengetahui sejauh mana masalah ini berlaku, sama ada ianya melibatkan sekolah-sekolah tertentu, negeri-negeri tertentu atau pun melibatkan seluruh negara.

Kepada para pelajar, ibu bapa ataupun guru yang terlibat, sekali lagi dipohon memberikan maklumat yang berkaitan. Untuk keselamatan pihak pemberi maklumat, Nama pengirim serta nama sekolah yang terlibat AKAN DIRAHSIAKAN kerana tujuan kami hanyalah untuk mengesahkan isu yang ditimbulkan oleh para pembaca dan juga melalui emel yang diterima, adalah berasas. Maklumbalas anda diperlukan dengan kadar segera.

Hantarkan maklumat anda kepada: webmarhaen@yahoo.com atau marhaen3@lycos.com.

- Webmaster M@RHAEN 17.03.2004
 
tblog dihidupkan semula...
03.18.04 (9:47 am)   [edit]
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah sekian lama tblog ini tidak dikemaskini, kini masanya sudah tiba utk diaktifkan semula dengan bahan-bahan yg saya muatkan di laman M@RHAEN.

Tblog ini adalah sebagai laluan alternatif bagi saya memuatkan bahan terbitan Laman M@RHAEN sekiranya terdapat tapak-tapak sokongan menghadapi masalah. Terbaru http://marhaen.com/ telah pun disekat kerana telah mencapai tahap maksimum penggunaan bandwidth.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan Penghargaan saya kepada Datuk Yeop Adlan b. Che Ros, calon PAS bagi Parlimen 101 - Hulu Langat yang telah meletakkan link ke tblog ini drp blog kendalian beliau di [url=http://dutarakyat.blogspot.co...]http://dutarakyat.blogspot.co...[/url]. terima kasih Datuk!

Begitu juga, penghargaan ditujukan kpd [url=http://tokjanggut.tblog.com/]Tokjanggut[/url], yang tak jemu-jemu menerbitkan semula sebahagian besar bahan-bahan siaran laman M@RHAEN.

Sementara itu, sebahagian bahan terbitan yg lepas-lepas dapat diakses drp laman-laman utama M@RHAEN di [url=http://marhaen.web1000.com/]http://marhaen.web1000.com/[/url] dan [url=http://marhaen2.web1000.com/]http://marhaen2.web1000.com/[/url] .

Selamat membaca....
 
Orang Dalam: Pengganti Khir: Bekas Ketua Pengarah BPR Tolak Lamaran
01.12.04 (8:36 am)   [edit]
[b]Kem Khir Toyo Kembali Ceria[/b]

Setelah agak lama diselubungi kemuraman, kem MB Muda DS Dr Mohd. Khir Toyo dikatakan kembali ceria apabila DS Najib Tun Razak dilantik oleh `Tun Mahathir` sebagai TPM.

Dr. Khir memang dikenali sebagai salah seorang loyalis Tun Mahathir. Pertukaran baton kuasa kepimpinan Umno dan kerajaan amat tidak menggembirakan hati Pengamal Rasuah Terkemuka itu.
=http://marhaenblog.sharewith.... [:::: baca seterusnya ....]
 
Meli: Tidak Akan Wujud Rampasan Kuasa
01.12.04 (7:12 am)   [edit]
[i]Respons Terhadap Tulisan Marhaintua[/i]

Saya amat tertarik tulisan saudara Marhaintua yang berjudul 'Rombakan Kabinet Paklah Untuk Siapa?' yang disiarkan dalam Laman ini pada 9.1.2004.

Ulasan yang dibuat oleh saudara Marhaintua berhubung pelantikan Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-9 amat menarik. Apa yang menjadi persoalan ialah kenyataan yang dinyatakan oleh beliau bahawa Negara ini akan mengalami satu rampasan kuasa jika sekiranya saudara Anwar Ibrahim meninggal atau apa-apa yang berlaku ke atas beliau seperti mana yang berlaku di Filipina dan Liberia.
=http://marhaenblog.sharewith.... [:::: baca seterusnya ....]
 
Dr. Nologareng: Belasungkawa Untuk Rakyat Malaysia
01.12.04 (3:55 am)   [edit]
Akhirnya benarlah seperti yang berlegar dalam dunia internet betapa PakLah hanyalah PM proksi kepada Mahathir tanpa mempunyai kuasa mutlaknya sebagai PM. Pelantikan Najib yang amat tidak disenanginya suami isteri itu jelas menunjukkan bahawa [b]Tun Mahathir Kepala Taik[/b] masih lagi mewarnai politik dan hala tuju sosioekonomi negara. Sekali gus ini ialah [b]tahun ke-23 ia mencengkam kuasa[/b].
=http://marhaenblog.sharewith.... [:::: baca seterusnya ....]
 
SENARIO:
* Pak Lah: Orang Cakap Tak Serupa Bikin Tidak Bersama Saya
* UMNO: Biar Cakap Serupa Bikin
Senarai Semak:
* Pak Lah perlu tegas bendung rasuah
* Laporan Polis dan BPR
Kategori Ikan Bilis:
* BPR Johor siasat 3 pegawai kastam
* Kes rogol: BPR tahan 2 konstabel

* BPR siasat Penguatkuasa MPSJ terima sogokan
* BPR siasat dakwaan penyiasat minta tanah
* Pen. Penguasa KDN Dituduh Rasuah
* Peniaga dituduh kemuka dokumen palsu
Kategori Seluang:
* AIM: Mukhtar suspended for six months
* BPR Siasat Felcra
Kategori Jerung:
- Tindakan tersekat-sekat
1. TPM Najib Razak
  * Sila Kirimkan kpd kami
2. Rafidah Aziz / Permit AP
  * Kertas Siasatan
  * Pertuduhan
3. Rahim Tamby Kecik
   * Kertas Siasatan
   * Pertuduhan
  * Laporan Polis
4. Khalil Yaacob / Balak Pahang
  * Laporan Fauzi dirujuk ke BPR
  * Arah Polis Siasat Laporan Fauzi
  * Umno Tak Pernah Dapat Balak?
5. Khir Toyo
   * Aduan Rasuah Babitkan Khir
  * Desak BPR Siasat Segera
  * Hassan Ali sanggah Khir Toyo
6. Nazeri Aziz / Permit Teksi
     Sila Kirimkan kpd kami
7. Annuar Musa / PPRT
  * Orang Politik Terus Selamat
8. Eric Chia / Perwaja 
   * Eric Chia Mencabar BPR

Senarai tambahan: Sila Kirimkan kpd kami
 
Kategori SUPER JERUNG
- Belum diambil tindakan
Laporan polis berhubung salahlakuMahathir Mohamed oleh pihak BA pada 01.11.2003 - ada kes perlu siasatan BPR.
* Senarai Pembaziran MEGA
* Penyalahgunaan Wang Petronas
 
BPR Segera Melompat:
* Laporan Konsesi Balak Kerajaan Negeri Kelantan
BPR terhincut-hincut:
* Penyelewengan Umno Terengganu
* Naib Canselor UUM Belum Disiasat
Artikel berkaitan BPR:
* BPR bertolak ansur dengan Menteri?
* Giliran BPR Jadi Barua Umno
* Umno dan Rasuah
BPR Tidak Ada Kuasa.....
"BPR samalah juga dengan jabatan- jabatan kerajaan yang lain dan ianya tidaklah bebas sepenuhnya. Kuasa BPR adalah sekadar yang telah diberikan oleh undang-undang, iaitu kuasa menyiasat, menangkap dan mendakwa. Di dalam urusan pendakwaan pihak Jabatan Peguam Negara yang diberi kuasa menentukan kedudukan sesuatu kes sama ada untuk dituduh di Mahkamah atau sebaliknya." - Dipetik drp Soalan Lazim BPR.

Soalan lazim yang tidak terjawab oleh BPR:
APAKAH BPR hanya diwujudkan untuk bertindak ke atas ikan-ikan bilis?
 
Laman Rasmi BPR
PERHATIAN:
Ini bukanlah merupakan senarai yang lengkap. Pengunjung bolehlah menghantar bahan/maklumat tambahan untuk dimasukkan ke sini.
Selepas ini, APA?


JIKA TIDAK ADA APA-APA TINDAKAN TERHADAP JERUNG DAN SUPER JERUNG.. MAKA SIAPAKAH YANG SEBENARNYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN... PAKLAH, JANGAN BIARKAN TALI YANG DIHULUR MENJERUT LEHER SENDIRI. BERTINDAKLAH SEPERTI MANA YANG DICAKAPKAN
AGAR PARA MAKMUM TIDAK BERIMAMKAN SEORANG MUNAFIK...

Wallah hu'alam


dimulakan pada: 01.01.2004
diupdet pada: 12.01.2004 - 6.30 ptg.